“3 bulan lagi saya akan pindah ke makkah” Zul Ariffin dedah kenapa dia pindah ke makkah..

PELAKON Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana.Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, perniagaan tersebut telah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impiannya itu.”Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan.

Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke MalaysiaZul teruja untuk memulakan hidup di kota Makkah.”Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini,” katanya kepada mStar.

Zul ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.Meskipun memulakan kehidupan baharu di sana.amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang filem Talbis Iblis, Zul memberitahu watak yang ditawarkan pada awalnya hanya sampingan, namun dikembangkan menjadi sebuah karakter yang boleh memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita.

Melihat kepada tenaga produksi yang hebat, Zul menawarkan diri untuk berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia kali ini.mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *