“Ya, Saya dah kahwin”, Tengok ni inai masih diJari.. SHAKILLA Kahwin lagi? Ini pengakuan Shakilla buat semua terkejut..

Selepas kemelut rumah tangga bersama bekas suami tular, akhirnya pelakon Shakilla Khoriri tampil menjelaskan hatinya sudah tertutup buat bekas suaminya, penyampai radio Fizi Ali.

Menurutnya, dia tidak mungkin akan kembali kepada Fizi walaupun sebelum ini aktres berkenaan pernah memaklumkan yang tidak mustahil untuk dirinya menerima bekas suaminya itu.

“Jujur saya katakan, saya dah move on… tanpa dia di sisi. Hati saya sudah tertutup.


“Memang saya masih sayangkan dia…tetapi bukan mencintainya. Begitu juga dengan Fizi. Kami sudah tiada hati antara satu sama lain,”katanya.

Shakilla juga berkata, segala perasaan yang ada dalam hatinya kini adalah disebabkan Fizi itu bapa kepada anak tunggal perempuan mereka, Nurul Ameena Sofia.

“Perasaan sayang yang masih berbekas dalam hati ini pun disebabkan dia masih bapa kepada anak kami, Ameena, selebihnya tiada,”jelasnya.

Meskipun mengakui sudah menutup pintu hatinya buat bekas suami namun, beliau masih mengimpikan untuk memiliki kehidupan dan perkahwinan yang membahagiakan kelak.

Bagaimanapun, buat masa sekarang aktres itu malas memikirkan tentang perkahwinan kerana selesa menjalani kehidupan sebagai wanita ‘single’.

“Saya juga mahukan kebahagiaan. Saya juga dambakan sebuah perkahwinan dan kehidupan yang pada akhirnya membahagiakan.

“Saya tak pernah nak tutup hati buat mana-mana lelaki lain. Asalkan dia dapat menerima dan faham saya serta anak seadanya, sudah cukup memadai.

“Buat masa sekarang, saya enjoy (nikmati) kerja yang saya lakukan. Tawaran lakonan juga alhamdulillah tidak putus. Ini rezeki buat saya dan anak.

“Paling penting saya nak jaga Ameena dulu. Saya nak fokus kepada masa depan dan besarkan dia.

“Bekas suami juga banyak membantu dan tak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa walau kami sudah berpisah dan tidak lagi bersama,” katanya.

Terdahulu, kecoh berita mengenai pasangan ini apabila Fizi dilihat memuat naik hantaran di laman sosial miliknya seakan-akan ‘berang; dengan bekas isterinya.

Sumber : xtra

““Kalau boleh saya nak hidup kembali dengan Fizi..” Shakilla Khoriri

Penceraian pelakon wanita, Shakilla Khoriri dengan penyampai radio Suria fm Fizi Ali pada hujung tahun lalu benar-benar mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, pasangan yang jarang terpalit isu kontr0versi ini tiba-tiba sahaja mengumumkan perpisahan mereka sedangkan peminat mengetahui yang hubungan mereka baik-baik sahaja lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak perempuan tersayang, Ameena Sofia.

Kalau masih jodoh, tak akan tolak, Selepas hampir 5 bulan membawa haluan masing-masing, Shakilla menerusi Harian Metro telah memaklumkan pernah bercakap dengan Fizi untuk kembali rujuk sebagai suami isteri.

“Kalau boleh saya nak hidup kembali dengan Fizi walaupun ia agak sukar mungkin di pihak Fizi. Bagi wanita, mungkin boleh mudah memaafkan dan ingin cuba memperbaiki hubungan menjadi lebih baik.

“Tapi saya tak tahu apa yang difikirkan dan perancangannya buat masa ini tapi saya dapat rasakan dia perlukan masa. Mungkin dia tidak mahu kalau kami kembali (merujuk) akan timbul masalah baru ataupun berdepan isu yang sama.

“Walaupun ramai yang memujuk untuk kembali bersama demi anak tapi anak-anak ini akan membesar dan dia akan ada kehidupannya sendiri nanti. Takkanlah kita nak hidup dengan seseorang yang tak boleh bersama kita lagi.

Benda ini sangat sulit. Kalau Allah sudah tetapkan hubungan saya dan Fizi hanya sekadar kawan saja, saya reda. Tapi andai kata dua atau tiga tahun nanti Dia jodohkan semula dan sayang itu masih kuat… saya tidak akan menolak,” katanya.

Terkilan dengan tuduhan sesetengah pihak
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ilahi ini juga menyatakan rasa terkilannya kepada sesetengah pihak yang sesuka hati menuduhnya bakal menamatkan zaman janda dalam masa terdekat sedangkan hatinya masih bersedih dengan perpisahan yang berlaku.

“Bagi saya, pertanyaan ini sangat keterlaluan. Janganlah terlalu berterus terang sebab saya pun masih bersedih, cuma tidaklah nak cakap saya sedih 24 jam.

“Ibaratnya hari ini saya menangis sepuas-puasnya, esok saya kena bangun dengan keadaan baru. Benda dah pun terjadi dan saya kena ‘move on’ dengan takdir yang Allah tentukan.”

“Saya memang tiada perancangan, lebih-lebih fasal jodoh sebab saya ada anak perempuan. Kalau ada jodoh dengan orang lain, macam-macam benda saya kena fikir. Tapi saya tidak menolak perancangan Allah.

“Bagi saya, dalam tempoh dua hingga empat tahun ini saya tidak terfikir untuk berjumpa atau mengenali mana-mana lelaki selain Fizi. Saya nak fokus dengan kerja dan pastikan saya sihat,” katanya.

Untuk makluman, Fizi dan Shakilla telah sepakat memaklumkan tentang perpisahan mereka pada Disember tahun lalu. Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar penceraian tersebut, mereka berdua tetap menjalinkan hubungan baik demi memastikan anak tersayang mendapat kasih sayang secukupnya.

Pasangan tersebut berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 3 tahun.

Video

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *