Baru 2 bulan bernikah, suami Salamiah Hassan meninggal dunia..

Suami kepada penyanyi senior, Salamiah Hassan, 71 iaitu Gerry Hughes, 68 dilaporkan meninggal dunia pagi semalam.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak kepada penyanyi wanita itu iaitu Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti.

Ibu dalam perjalanan ke Tasmania
Menerusi Harian Metro, Atilia memaklumkan yang ibunya kini dalam perjalanan ke Tasmania, Astraulia dan berita pemergian bapa tirinya itu dikhabarkan oleh Salamiah kepada keluarga pada pagi Jumaat.

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.
“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” katanya.

Belum dapat berkongsi punca kematian
Ujarnya lagi, buat masa ini dia tidak dapat mendedahkan punca sebenar pemergian Gerry dan membiarkan ibunya untuk sampai ke rumah di Tasmania dahulu.

Hal ini susulan ibunya sebelum ini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri undangan persembahan di ibu kota.

“Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami. Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan,” katanya.


Untuk rekod, penyanyi lagu Gelombang itu telah bernikah dengan Gerry Hughes yang berasal dari Liverpool pada 1 September 2022 dan mereka memilih untuk menetap di Australia selepas bergelar pasangan suami isteri.

Mereka sebenarnya sudah berkenalan sejak 15 tahun lalu dan telah mendirikan rumah tangga dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *