[VlDEO] “Bacaan Adi Putra Tepat, Sama Seperti Imam Mekah”- Fakrul UNIC terkejut merdunya suara “Mat Kilau” ni..

Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Mohd Fakrul Radhi mengulas berhubung video memaparkan peIakon Datuk Adi Putra membaca surah ar-Rahman berserta tarannum Rast yang tuIar di media sosiaI.

Menurut laporan Harian Metro, Fakrul menyifatkan bacaan dan lagu pelakon itu bagus serta tepat selain sama seperti dialunkan oleh Imam Masjidil Har4m, Makkah, Abdul Rahman Al-Sudais.


“Alhamdulillah, bacaan Datuk Adi Putra bagus, tajwid betul dan lagu ada tarannum Rast. Mungkin dia selalu mendengar…
“…bacaan Imam Masjidil H4ram, Abdul Rahman Al-Sudais. Sebab itu bacaan yang selalu dialunkan Imam Al-Sudais,” katanya.

Fakrul yang juga Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2019 berkata, mereka pernah mengaji bersama secara langsung di Instagram ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.


“Ramai yang k0men sewaktu sesi ‘live’. Selain itu, dia juga ada karisma dalam berkata-kata. Bukan saja saya..
“…tapi penonton pun kagum dengan penggunaan bahasa dan nasihat disampaikan,” kata penyanyi berusia 36 tahun itu.

Tambah Fakrul, video tuIar itu adalah bagus kerana dapat dijadikan inspirasi kepada masyarakat untuk mendalami ilmu agama apatah lagi Adi sedang mengecapi populariti menerusi filem Mat Kilau.

“Dia membawa watak Mat Kilau. Apabila Mat Kilau bersilat dalam filem itu, ramai anak muda nak belajar silat, kiranya ada pengaruh yang sangat baik.

“Orang nampak ciri pjuang Melayu ditambah bahasa dan skrip dalam itu menterjemahkan keperibadian Mat Kilau itu sendiri.

“Kalau kita membaca sejarah pun, Mat Kilau memang seorang yang kuat agama, mahir ilmu agama, al-Quran dan sebagainya. Dia bukan pjuang biasa.

“Jadi, apabila tengok Datuk mengaji, baguslah dan kena dengan watak Mat Kilau itu. Anak muda yang tengok dan ikut, insya-Allah dapat ‘vibes’ yang baik. Tahniah dan teruskan, moga ada manfaat baik untuk semua,” kongsinya.

Video dua tahun lalu

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Fakrul UNIC & Adi Putra, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *