[Video]”Dia Yang Bersin, Dia Suruh Orang Shhhh Plak!

Setiap kali pasangan ini berkongsi aktiviti bersama anak-anak, pasti akan ada
sahaja yang menjadi bualan Netizen. Terutama anak mereka yang kedua iaitu
Alisa Aisyah. Wajah Alisa yang sangat comel serta gelagat kanak- Kanak tersebut
yang sangat menghiburkan buatkan para Netizen sering tak Kering gusi
melihatkan Alisa.

Sementara itu, perkongsian video di Instagram Yusuf yangbaru sahaja di
muatnaik itu telah mendapat sebanyak 67461 tanda suka daripada warganet dan
menerima sebanyak 385 komen daripada para peminat dan juga netizen. Pejam
celik Yusuf dah masuk 6 tahun dah. Semoga Yusuf menjadi anak yang soleh buat
kedua ibu bapanya.

Pelakon aksi yang sedang meningkat naik iaitu Hairul Azreen kini muncul dengan
naskhah terbaru iaitu filem “The Assistant”. Jika sebelum ini ramai yang memuji
lakonan beliau dalam filem Paskal kini, bakat Hairul sebagai pelakon aksi semakin
mendapat perhatian orang ramai.

Ramai yang mula membuka mata terhadap
lakonan Hairul malahan pelakon itu juga mengaku ramai yang memuji
lakonannya selepas menonton naskhah yang diberi judul The Assistant tersebut.
Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, beliau telah mendirikan rumahtangga
bersama pelakon dan model Hanis Zalikha pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup bersama pasangan ini di kurniakan dua orang anak iaitu Yusuf lskandar
dan juga Alisa Aisyah.

Sebelum ini Hairul dan Hanis meraih perhatian para netizen apabila mereka
menerima pelawaan menaiki kapal mewah daripada Tan Sri Vincent Tan. Pada
awalnya pengarah filem Ada Hantu itu menjelaskan bahawa mereka sekeluarga
sudahpun bergerak pulang daripada pulau Redang setelah beberapa hari
meluangkan masa bercuti disana.


Bagaimanapun, beliau secara tidak sengaja
telah bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan Billionnaire itu kemudiannya tidak teragak-agak terus mempelawa mereka sekeluarga untuk menaiki kapal mewahnya. Hairul menyifatkan pelawaan daripada Tan Sri Vincent Tan berkenaan sebagai ‘langkah kanan’ dan merupakan rezeki daripada anak-anaknya.

Kecomelan dan gelagat anak- anak kepada pasangan ini iaitu Yusuf Ilskandar Dan
Alisa Aisyah sekian lama sering di paparkan di media sosial peribadi kedua dua
anak mereka, Sehingga kini para pengikut Instagram buat kedua anak mereka telahpun mencecah beberapa juta pengikut. Anak- anak pasangan ini juga mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri.

Menerusi perkongsian terbaru di nstagram Yusuf lskandar, satu video baru
telahpun di muatnaik. Video berkenaan berkongsikan mengenai sambutan hari
lahir Yusuf yang di lakukan secara kecilan bersama Hairul, Hanis dan juga Alisa
Aisyah.

Pada permulaan video, wajah Yusuf kelihatan agak muram memandangkan
Hairul mengatakan bahawa mommynya Hanis sedang m4rah ketika itu.

Namun reaksi wajah Yusuf kemudiannya terkejut bercampur gembira
Hanis menjelaskan ianya hanyalah gimik untuk memberikan kejutan hari apabila lahir
buat anaknya itu.

Gelagat Alisa yang teruja mahu memberikan kejutan buat abangnya juga
mencuri perhatian apabila meminta Hanis untuk diam namun kemudiannya
kanak- kanak itu secara tidak sengaja bersin. Kelakuan Alisa yang cukup comel
itu mencuit hati netizen yang merasa geram dengan gelagat lucu kanak- kanak
berkenaan.

Menjengah keruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa geram dengan
kecomelan gelagat Alisa. Tidak puas rasanya menonton gelagat kanak- Kanak
tersebut di media sosial menerusi video pendek dan gambar yang di muatnaik
oleh ibu bapa mereka. Comelnya Alisa ni kan.

Sementara itu, buat para pengikuti yang sudah menjadi peminat setia Yusuf
Iskandar sejak akaun Instagram kanak- kanak lelaki itu di wujudkan berkata
mereka juga merasa terharu melihat Yusuf yang kini sudahpun membesar
menjadi seorang kanak- kanak yang cukup bijak dan juga petah berkata- kata
Malahan keperibadian Yusuf yang sangat lembut dan sopan sering mendapat
pujian netizen.

Sempena meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 6, ramai yang menulis ucapan
selamat hari lahir dan juga doa yang baik buat anak sulung pasangan Hanis
Zalikha dan Hairul Azreen itu. Berikut di kongsikan komen rakan artis dan
netizen.

“Yusuf is 6 So it’s 6 full years l’ve been a fan already. Happiest birthday little
one.

May you continue to grow healthily, with all that you wish for ” – Netizen

“Happy 6th birthday Yusuf lskandar, May Allah bless you always and always be
health y boy okayh,and jadi anak yang soleh to mommy and daddy okayh , all of us
love you so much thank you for the smile that you give to us since you were baby
till now ” – Netizen

“Ya Allah Yusuf dah besar sekarang. Follow dia start lahir sekarang dah 6 tahun
Happy Birthday Yusuf ” – Netizen

“Selamat hari lahir Yusuf lskandar Semoga dipanjangkan umur dimurahkan
rezeki.. Semoga menjadi ank yg soleh dunia dan akhirat.. aamin2” – Netizen

Sumber: Instagram yusuf iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *