(VIDEO)”Dah Tak Ada Modal Ke?”- Disoal Isu Rumah Tangga Puteri Sarah, Peminat TokTi Kecam Wartawan

Tular di media sosial Twitter semalam apabila peminat penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza meluahkan rasa geram terhadap sikap wartawan yang menanyakan soalan ‘tiada kena mengena’ kepada idola mereka.

Difahamkan, Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa sebagai TokTi itu telah ditemui media ketika majlis sidang media konsert Music Of The Soul bersama Awie Wings yang akan diadakan pada 5 & 6 November 2022 ini di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur.

Ketika sesi temubual itu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu telah disoal tentang pendapatnya mengenai kisah rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang kini sedang bergolak akibat orang ketiga.

Klip video temubual itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang pelbagai kritikan dan respon daripada netizen.

Rata-ratanya menganggap wartawan bertugas tidak mempunyai ‘modal’ cerita untuk dipaparkan sebagai bahan berita.

Ada juga yang merasakan bahawa media di luar sana sepatutnya lebih mementingkan berita mengenai karier dan juga aktiviti seni berbanding fokus dalam perkara-perkara peribadi dan ‘hal dalam kain’ artis di Malaysia.

Sumber beautifulnara

Terdahulu,

“Jangan buat fitnah” -Puteri Sarah hantar notis saman kepada netizen ‘puaka’.. Rupanya Ini Yang nitizen puaka tu cakap..

Kes saman melibatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan ‘penyondol’ dalam rumah tangganya masih dalam proses mahkamah.

Tindakan berani aktes tersebut yang nekad berbuat demikian disokong ramai lebih-lebih lagi para peminat kerana merasakan apa yang dilakukan oleh ‘orang ketiga’ tersebut sangat keterlaluan.

Puteri Sarah juga dilihat kerap berkongsi pelbagai pendedahan melibatkan rumah tangganya kerana sudah 4 tahun menahan sabar.

Buat tuduhan tanpa bukti
Namun, disebalik perjuangan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati dalam mempertahankan maruah serta nama baiknya sebagai seorang isteri, masih ada netizen yang mengkritik serta melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepadanya.

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian terbaru Puteri Sarah di Instagram, dia telah memuat naik surat peguam yang dilayangkan kepada mereka-mereka yang meninggalkan komen atau status jelek di media sosial berhubung dirinya.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dgn apa yg korang lihat dan dengar tanpa bukti yg kukuh. Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata2 dan jaga keluarga sendiri.
If u have your own opinions regardless baik ke buruk just keep it to yourself or ceritalah dengan orang sekeliling u je.
Thanks,” tulisnya.
Rakan2 sokong tindakan Puteri Sarah
Perkongsian tersebut telah mendapat respon daripada warganet yang rata-rata menyokong tindakan pelakon itu.

Mereka juga menyelar tindakan sesetengah netizen yang sesuka hati ikut campur dengan urusan Puteri Sarah dengan mengeluarkan pendapat sendiri tanpa mengetahui hal sebenar.

Berani buat berani tanggung

Memang patut kena saman orang macam gini


Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *