[VIDEO] Terlampau Geram, Isteri Sarat Hamil ‘Perangkap’ Suami Curang Makan Tempat Kerja Kekasih… Tengok apa terjadi..

Harapan seorang wanita untuk dicintai oleh suami sepenuh hati hancur berkecai apabila si suami dipercayai menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain.

Kena curang masa tengah hamil

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang wanita dengan nama Yourbear di TikTok, dia mendedahkan kecurangan suaminya bersama wanita lain. Lebih pilu lagi apabila si isteri sedang sarat mengandung.

Bukan itu sahaja, wanita tabah ini turut memberanikan diri untuk membalas mesej yang dihantar oleh perempuan simpanan itu kepada suaminya.

Video 1

Tak sangka aku jadi salah seorang perempuan yang dicurangi oleh suami aku semasa aku hamil.

Difahamkan, hubungan suaminya bersama wanita terbabit sudah berakhir, namun wanita itu masih tidak mengalah dan mencuba untuk mengajaknya berjumpa.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah si isteri dengan beraninya membawa suaminya makan di tempat perempuan simpanan itu bekerja.

Ajak suami makan di tempat perempuan simpanan bekerja.

Pada awalnya, wanita yang bekerja sebagai pelanyan restoran itu menyorok kerana bimbang berlaku kekecohan. Namun akhirnya pengurus restoran terbabit meminta agar wanita itu untuk melayani pasangan berkenaan seperti biasa. Namun dapat dilihat aksi janggal wanita terbabit seolah mahu mengelak melayan pelanggan yang merupakan bekas kekasihnya.

‘Tangan aku terlalu berharga nak serang dia’

Sumber : yourbear_._

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *