[VIDEO] Dianggap “Berlakon” Ketika Bantu Pengutip Samp4h, Ini Respon Aliff Syukri

Baru-baru ini usahawan k0smetik, Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian mengenai dirinya yang menemui seorang lelaki India yang mengutip samp4h dan menjual plastik untuk menyara hidup.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Aliff Syukri dilihat menegvr lelaki yang sedang leka mengutip plastik untuk dijual.

“Buat apa kutip samp4h kat sini.Tak boleh tau kutip plastik kat sini. Ini semua tak boleh.”-Kata Aliff Syukri.

Usahawan yang juga penyanyi itu kemudian mengambil plastik samp4h itu lalu memasukkan sedikit wang buat lelaki berkenaan.

“Semoga dia bahagia dengan sedikit bantuan ini.”-Kata Aliff Syukri

Perbuatan murni Aliff Syukri yang membantu pengutip samp4h itu mendapat pujian daripada warganet. Malah ada yang memintanya untuk terus melakukan kebaikan berbanding melakukan konten yang tidak berf4edah

Ikhlas atau tidak setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang, itu adalah urusannya dia dengan Tuhann. Siapalah kita untuk menilai keikhlasan setiap kebaikan mereka bukan?

Sumber : sinarviral

Terdahulu,

“Sumpah This Is Not Gimik, Ini Real” – Muka Aliff Syukri Kena Cakar, Staff Menggelupur Kena Rasuk Hantu?

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila salah seorang daripada kakitangannya dipercayai telah dirasuk oleh makhluk halus.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, sepotong klip video memaparkan aksi Aliff sendiri cuba mengubati dan menenangkan kakitangan wanita yang dirasuk itu tular di media sosial.

“Mengerikan! Saya takut awak! Kejadian petang tadi ketika salah seorang pekerja saya dirasuk hantu. Sumpah dengan nama Allah, ini bukan gimik tapi kisah benar.

“Pekerja wanita saya ini berumur 20-an tetapi yang peliknya ketika dirasuk tenaganya kalah seperti Hulk Horgan,” tulis Aliff.

Dalam aksi beberapa saat yang dikongsikan Aliff, wanita berkenaan tiba-tiba meraung-raung sambil bertindak agresif ketika cuba ditenangkan oleh orang sekeliling.

Ketika bergelut dengan wanita terbabit, wajah Aliff turut dicakar hingga meninggalkan kesan lebam dan calar-balar.

Aliff kemudiannya meletakkan garam yang baru dihasilkan oleh syarikatnya untuk mengurangkan gangguan.

Bagaimanapun, meninjau ruangan komen Instagram beliau, segelintir pengguna menyifatkan video berkenaan sebahagian daripada promosi produk terbabit.

“Lambat lagi datuk nak berani rawat orang kena rasuk.

“Kuat sangat marketing macam ni.

“Bila dah banyak sangat drama, jadi macam ni pun tak sure nak percaya atau tak. Hmm, tak apalah semoga dipermudahkan urusan.

“Last-last awak menjual produk ke? Nak beli kat mana?

“Sanggup tu aurat dipertontonkan demi marketing,” tulis beberapa pengguna mengecam tindakan Aliff.

Sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *