video prank yg berakhir tgk tragedi

Buat Trend ‘Sergah’ Lori, Lelaki Mavt Digills

Satu lagi trend baharu tular di media sosial Indonesia yang diibaratkan bagai men3mpah mavt apabila sebilangan remaja nekad melompat di hadapan lori yang sedang bergerak.

Terbaru, trend tersebut telah pun mengakibatkan satu kem@tian

Trend ‘sergah’ lori

Memetik laporan Coconuts Jakarta, beberapa rakaman video tular memaparkan remaja melakukan trend bahaya itu di mana mereka akan berlari ke hadapan lori yang sedang bergerak ibarat ‘menyergah’ lori tersebut, kemudian lari.

Namun, ada juga yang tidak bernasib baik dan dilanggar lori yang ‘disergah’.

Minggu lepas, tular satu video remaja 18 tahun dari Tangerang, Banten yang maut selepas lori tersebut gagal mengelak.

Berdasarkan klip video yang tular, mangsa bersama dua rakannya dilihat berdiri di hadapan sebatang jalan sambil menanti sebuah lori menuju ke arah mereka. Sejurus lori itu berada hampir dengan mereka, ketiga-tiga remaja itu cuba ‘menyergah’, namun malang bagi mangsa kerana lori bergerak laju itu gagal berhenti.

Mangsa dilaporkan mat1 di tempat kejadian akibat dirempuh dan digilis lori tersebut.

Sumber Oh bulan.

Jadi punca kemalangan, orang awam jumpa botol ‘pelik’ dalam kereta Myvi

Sejak semalam tular di media sosial satu rakaman dashcam kemalangan yang melibatkan lima jenis kenderaan disebabkan sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan di kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Ahad.

Lima kenderaan kemalangan
Menerusi laporan dari Sinar Harian, kemalangan berkenaan berlaku sekitar jam 10.40 pagi apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Seremban hilang kawalan secara tiba-tiba.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, siasatan awal mendapati kereta berkenaan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dipandu lelaki berumur 44 tahun di hadapannya.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya.
“Akibat pelanggaran pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.
“Tayar berkenaan terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena pada sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berumur 32 tahun,” katanya.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Inforoadblok, pengguna lebuhraya segera memdapatkan pemandu Perodua Myvi itu yang memandu secara merbahaya bagi memastikan keadaannya.

Ingatkan mabuk, rupanya…
Pada awalnya, mereka menyangka lelaki tersebut berada dalam pengaruh alkohol, namun penemuan lebih mengejutkan adalah satu botol minuman yang dipercayai mungkin diisi dengan barang terlarang ditemui.

Lelaki berkenaan juga seperti berada dalam keadaan separa sedar ketika ditanya oleh sekumpulan penunggang motosikal yang juga berada di tempat kejadian

Walau bagaimanapun, pihak polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku dan semua pemandu serta penumpang yang terlibat dalam kemalangan tersebut berada dalam keadaan selamat.

Kes tersebut juga telah disiasat di bawah Peraturan 10 166/59 dan masih lagi dalam siasatan lanjut.

Sumber :OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *