[VIDEO] Buat Hal! Norreen Iman Muntah Ketika Live Di TikTok, Teruja Dapat ‘Diamond’

Pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman mencuit hati ramai warganet dengan telatahnya ketika sedang live di TikTok gara-gara mendapat ‘gift’ daripada pengasas kosmetik, Anas Zahrin.

Umum mengetahui sikap Norreen yang selamba dan sering membuatkan warganet di media sosial tidak kering gusi.

Menerusi video berdurasi 1 minit 48 saat itu, Norreen kelihatan teruja sehingga terkesima kerana mendapat ‘gift’ yang bernilai ribuan ringgit ketika sesi live yang ditonton oleh seramai 11,000 penonton semalam.

Apa yang menarik perhatian ramai, reaksi muka Norreen yang spontan sehingga termuntah di hadapan kamera tanpa disengajakan. Namun, selepas kejadian tersebut Norreen dengan tenangnya memohon maaf kepada penonton dan berseloroh bahawa dia termuntah akibat pakaian dalamnya yang ketat.

“Maafkan saya ye, tadi tu dia… itulah kita bila perempuan ni pakai bra bila dah sendat ni dia jadi macam tu lah, minta maaf.

“Terima kasih Encik Anas awak bagi saya diamond sampai termuntah saya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet dan juga beberapa orang rakan artis meninggalkan komen di video perkongsian tersebut. Rata-rata ramai mengakui terhibur dengan kejadian tersebut.

Admin sempat Menjengah komen,

Sumber :Xtra

Terdahulu,

“Beli Tora Tora Pun Tk Ckup Nak Bayar…” -[VIDEO] Ramai Terhibur Dgn Babak Lakonan Redza Rosli Dan Norreen Iman

Bisik-Bisik Gelora ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Riza Baharudin. Dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose dan Gamit Saifullah. Drama ini mengisahkan Jad, pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda.

Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad dit4ngkap dan dipenj4rakan kemudian. Arumi pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad.

Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Dalam video klip ini menunjukkan lakonan dari Redza Rosli yang memegang watak sebagai Jad, manakala Norreen Iman melakonkan watak sebagai Izzati merupakan kakak kepada Jad.

Lakonan watak mereka yang sentiasa berb4lah mulut sesama adik beradik di dalam drama Bisik-Bisik Gelora ini telah membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Netizen turut memberi kata-kata yang positif di ruangan komen, mengatakan lakonan mereka berdua sememangnya berbakat dan menjadi seperti adik beradik di dunia yang nyata. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 3.0M penonton, 272.9K sukaan dan 821 komen.

Video Norreen muntah

Sumber :Sinarlive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *