-Tular gambar kahwin, netizen dakwa Baby Shima sebenarnya berstatus janda

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli sebenarnya berstatus janda selepas seorang pengguna TikTok menyebarkan gambar perkahwinannya bersama seorang jejaka.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pengguna @penjahatdunia di laman TikToknya, dia mendedahkan beberapa keping gambar perkahwinan Baby Shima bersama suaminya yang bernama Afrendie Affendy.


Seriuslah Baby Shima dah kahwin?
Perkongsian itu telah mengejutkan ramai pihak dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang tidak mengetahui bahawa penyanyi dangdut yang berusia 30 tahun itu sebenarnya pernah mendirikan rumah tangga.

Dia memang dah kahwin lah dulu, korang tak tahu ke?
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir daripada netizen yang memaklumkan mereka sudah lama mengetahui bahawa Shima pernah berkahwin dengan seorang lelaki dari Labuan yang juga merupakan pengurusnya pada tahun 2015.

Namun begitu, sejauh mana kesahihan menegenai gambar dan status Baby Shima yang dikatakan seorang janda masih tidak dapat dipastikan lagi.

Antara komen netizen,

Sumber: TikTok @penjahatdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *