“Umur 37, Syukur terhindar dari maksiat.. tak gemar bila lelaki suka saya” – Elfaeza Ul Haq..

Baru-baru ini, bekas pelakon Elfaeza Ul Haq berkongsi kisah penghijrahannya menerusi sembang santai bersama pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun sehingga tular dalam kalangan pengguna TikTok.


Memetik laporan Xtra, Elfaeza atau mesra dipanggil Elfa mempunyai pandangan sendiri apabila menjawab soalan berhubung jodoh dan perkahwinan.

“Eifa adalah lambang wanita yang sabar dalam bab jodoh. Rupa ada, kerjaya ada. Dari segi zahir orang menilai semua lengkap pakejnya.
“Tapi kenapa tak nikah sedangkan sudah berumur 37 tahun? Rasa tertekan tak bila orang tanya?,” tanya Ustazah Asma’.
Bekas pelakon berasal dari Singapura itu berkata, dia memilih untuk bersyukur kerana masih dilindungi Allah SWT daripada melakukan perkara maksiat.

Elfa menjelaskan, tidak ramai golongan lelaki cuba mendekati dirinya sekali gus menyifatkan perkara tersebut dari sudut yang positif.


“Nombor satu, kalau nak kata saya ni banyak tolak orang sebenarnya tidak. Malah, Saya bersyukur tak banyak orang yang cuba mendekati saya.
“Dari saya di usia muda saya bersyukur sebab rasa Allah melindungi saya daripada maksiat. Orang yang segan itu bagus.
“Saya tak suka bila lelaki suka saya. Bila ramai yang tanya tak ada ke orang nak merisik atau ajak berkenalan, memang tiada alhamdulillah,” katanya yang juga aktivis kemanusiaan.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi) , TikTok @ienakedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *