Terkena 60 Sengat4n Seluruh Badan, Kanak2 Berusia Lima Tahun Yg DiSengatt Tbuan Akhirnya M3ninggaI Dunia

Kuala Nerus: “Saya tak nampak warna pakaian yang arwah anak pakai. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan tebuan,” kata Mohd Khalid Omar, 40, bapa kepada Eidrish Mohd Khalid, 5, yang maut disengat puluhan tebuan tanah, petang semalam.

Ketika kejadian murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) An-Nur, Ipoh, Perak itu dikatakan bermain di sebuah taman permainan bersama dua kakaknya kira-kira 20 meter dari rumah neneknya di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 5.40 petang.

Kejadian itu turut menyebabkan dua kakak arwah, Nur Adelya Qaisara, 10, dan Nur Aiyris Dania, 7, yang turut disengat serangga berbisa itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Mohd Khalid berkata, Eidrish disahkan meninggal dunia jam 11.40 malam tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala dua kakaknya masih menerima rawatan di wad sama.

Menurutnya, ketika kejadian, mereka yang tinggal di Pengkalan Ria, Ipoh, bersiap untuk pulang selepas bercuti di rumah ibu, Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, dia yang berada di kawasan rumah kira-kira 20 meter dari tempat anaknya bermain terkejut selepas kakak arwah, memberitahu adiknya disengat tebuan.

“Saya berlari ke kawasan permainan dan terkejut melihat seluruh badan arwah dihurung tebuan sebelum menariknya. Saya cuba sambil menghalau serangga itu daripada badannya sebelum arwah pengsan.

“Saya kemudian dengan bantuan saudara mara membawa arwah dan dua kakaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dia disahkan meninggal dunia jam 11.40 malam tadi,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, hari ini.

Mohd Khalid yang mengusahakan restoran di bandar Ipoh berkata, dalam kejadian itu, dia turut menerima rawatan di hospital selepas terkena sengatan serangga berkenaan ketika menyelamatkan arwah anaknya.

“Saya tidak sangka berlaku tragedi ini ketika percutian kami kali ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, arwah sangat gembira pulang ke kampung neneknya dan kali terakhir pulang pada Mei lalu.

Katanya, kepulangannya kali ini adalah untuk bercuti selain membawa keluarga mentua mencandat sotong.

“Kami bertolak dari Ipoh bersama keluarga mentua secara berkonvoi membabitkan empat kenderaan dan tiba di sini pada Jumaat.

“Kami bercadang untuk pulang jam 6 petang semalam tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan kejadian ini.

“Lagipun dua anak saya masih berada di wad dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil. Kematian adiknya juga sudah diberitahu kepada dua kakaknya dan mereka sempat melihat arwah di hospital,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Timbalan Pengarah Pasti Negeri Terengganu, Mohd Riduan Abu Bakar dan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Mohd Harun Esa.

Ya Allah.. sedihnya tengok. Tak dpt bayangkan masa adk ni kena sengat smpai byk mcm tu. Kita yg kena satu je pun dh rasa pedih sgt apatah lagi budak kcil 5 tahun. Semoga keluarga tabah hadapi dugaaan. Alfatihah..

Kuala Nerus: Kegembiraan tiga beradik bermain di padang permainan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut disengat tebuan, di Kampung Tok Jembal, kira-kira 5.40 petang semalam.

Mangsa, Eidrish Mohd Khalid, 5, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11.20 malam tadi selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan.

“Adelya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kerana terkena dua sengatan manakala Aiyris pula dirawat sebagai pesakit luar.

“Saya pula sepatutnya dirawat di wad kerana terkena hampir 20 sengatan, tetapi terpaksa pulang untuk menguruskan pengebumian Eidrish kira-kira 10 pagi tadi,” katanya.

Mohd Khalid berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu, tetapi kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membiarkan rangka pelantar jeti tersebut di kawasan padang permainan tanpa penyelenggaraan.

“Tidak sepatutnya rangka pelantar jeti ditinggalkan di kawasan padang permainan kerana ia boleh menjadi habitat pelbagai haiwan berbisa.

“Saya harap pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan sebelum nyawa lain terkorban,” katanya.

“Salam takziah,ambe kena 4 das sengat tebuan pom xley nk tidur dia punya berdenyut Allah je yg tahu,ni kn 60 sengatan..kalau tahu ada sarang dia baik cepat2 la panggil bomba or JPAM mari hapuskn” – Abe Yea

“Mama kena sengat sekor je sakit bengkok semua..merasa naik ambulan…masuk wad..masa tu suami bertugas kat hsnz..sampai suami tunggu…beringat lah jika kena sengat tebuan..biarpun sekor” – Puan Nurul

“Pernah kena 40 sengatan , org kg dan sedara ckp saya dpt nyawa baru … X tau brp kali pensan dan diberi 2 dos suntikan di klinik serta di buang sengatnya … Seminggu MC” – Asidah

“Pernah kena masa umur 10 tahun..dia attack kepala je..2 hari tak sedar..alhamdulillah umur masih panjang..parut sengat dia sampai skrg tak hilang..” – Taufik

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *