“Mcm Mana Dia TERGAMAK Keluar Perkataan begitu”. Ziana Zain Buat PENDEDAHAN INI Lepas Lama BERCERAI

Baru-baru ini, penyanyi berbakat besar, Ziana Zain dijemput sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara Next To Neelofa berkongsi kisah suka duka dalam rumah tangga.

Perkongsian itu telah membuatkan ramai orang tersentuh hati sebaik sahaja mendengar luahan penyanyi berusia 54 tahun itu.

Ziana Zain dedah, nekad berpisah selepas 20 tahun hidup bersama
Menerusi perkongsian video dimuat naik semula di laman TikTok @seorangnur, pemilik nama Siti Roziana Zain menceritakan keputusannya berpisah dengan suaminya, Armin Zaharin selepas 20 tahun mereka berdua mendirikan rumah tangga.

LIHAT VIDEO BAWAH SEKALI…..

Dalam temubual tersebut, Ziana mendedahkan dia terpaksa menelan segala kata-kata kesat daripada bekas suaminya sepanjang mereka berdua masih bersama.

Semuanya dipendam olehnya sehinggalah pada suatu hari anak-anak mengadu mengenai kelakuan ayah mereka.

“Ayah pukul adik,”ujar salah seorang anak Ziana Zain sebelum dia pergi melihat di bilik.

Ziana berkata, anaknya dipukul teruk oleh Armin sampai bengkak di bahagian muka seperti belon serta berdarah-darah.

Ziana Zain Nafi Menghasut Anak-Anak Untuk Membenci Bekas Suami

Kantoi suami tak setia.

Selain itu, Ziana menceritakan dia nekad membuat laporan polis setelah hampir dua hari mengerjakan solat sunat istikharah untuk meminta petunjuk serta jalan yang benar .

Apa yang membuatkan dia bertambah nekad apabila lelaki tersebut kantoi tidak setia apabila Ziana terbaca beberapa kiriman mesej menerusi telefon pintar.

Suami tak hairan berpisah.

Dalam masa sama, Ziana memberitahu dia sangat berkecil hati apabila suaminya pada ketika itu mengatakan dia sudah tidak hairan dengan dirinya.

“Saya rasa langsung tak dihargai walapun selepas bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya,”luah Ziana.
Malah, Ziana meluahkan kehairanan apabila dia menjaga penampilan diri luar dan dalam demi suaminya, namun lain pula balasan yang diterima.

Sedih sangat, 20 tahun bukan sekejap
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ramai turut bersimpati dengan nasib menimpa pelatun lagu berjudul Madah Berhelah ini.

Malah, mereka juga mengatakan tempoh perkahwinan 20 tahun itu bukanlah sesuatu masa yang singkat, sebaliknya lama.

Terdahulu, Ziana pernah mendedahkan bekas suaminya pernah mencilikan kemaluan dan dubur anak kembarnya, Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun.

Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana dan Armin Zaharin Ahmad Zambri bernikah pada Mei 1998 dan bercerai pada 12 Julai 2018 lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 23, Muhammad Ammar, 18, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 13.

Video Player

Sumber: TikTok @seorangnur, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *