“Takutlah pada Allah, kita semua akan mati!” – Terima bon 1 juta Euro, Ustaz Kazim kecewa VIP datang ambik kesempatan

Berita penyakit misteri yang dideritai penceramah bebas terkenal, Dato’ Mohd. Kazim Elias yang dipercayai telah disihir menangkap perhatian orang ramai dalam pendedahannya di laman sosial miliknya beberapa minggu lalu.

UAE berkata melalui laman fb nya,

Terima kasih atas ribuan yg komen.
Selama ni sy simpan keadaan diri sy tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama 8 bulan ni sy rs sy x boleh lg sembunyi dr orang ramai.
Ini keadaan muka sy skrg dan selama ini sy sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak.Bukan hanya di muka malah seluruh badan.Ianya boleh terjadi luka dgn sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena2.
Sy x boleh siarkan keadaan yg lain kerana sy malu, sy rasa rendah diri sangat2.
Sbb itu sy siarkan lengan petang tadi sbg kiasan pd badan sy.
Sy rs sy perlukan pertolongan utk sesiapa baik doktor atau drp perubatan alternatif utk merawat sy.
Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan sy selama ini tak boleh lg sy sorok.Sy tidak boleh tido seharian sejak berbulan yg lepas.
Sy bimbang dgn keadaan sy ini akan menghilangkan sy dr dunia dakwah sy.
Walaupun sakit tetapi tetap sy terima semua jemputan ceramah dan pgrm. Kadang2 sy masuk dan keluar dr tempat ceramah dgn tergesa2 kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yg ditanggung.Walau kadang2 dilabel sombong kerana x beramah mesra dgn pendengar spt dulu2 ttp tetap sy tabahkan hati sbb sy tau org ramai tidak tahu keadaan sebenar sy.
Terima kasih pd yg menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kpd sy.Sy dah berusaha berubat di banyak tempat tp belum diberi keizinan oleh Allah.
Mgkin ada di kalangan tuan/puan yg boleh membantu sy maka dgn itu sy siarkan gambar lengan effect khas itu sbg kiasan.
Sy jgk memohon maaf jika selama ini perkataan dan tgkah laku sy mengguris hati anda.
DUKE.

Sehubungan dengan itu, Ustaz Kazim juga ada memberitahu bahawa 6 individu telah datang bersemuka untuk memohon kemaafan darinya asbab perbuatan sihir yang menimpanya.

“Dalam sakit2 ni datang pulak “Dato Seri2” bg sumbangan bon 1juta euro kpd Al Barakah 8mlm td.Boleh tebus dlm tempoh sebulan.Lps ni boleh la tumpu kat sekolah shj dan x payah lg keluar berceramah.Mengigil tangan bila deme serah td.
I juta euro bersamaan brp juta RM ye?

Allahu akbar…takutlah kpd Allah..kita akan mati.
Takutlah kpd Allah.Kepada org sakit, org2 tua,anak2 tahfiz, sekolah pondok sanggup ada yg ambik kesempatan.

Dia ingat kami di Al Barakah ni bodoh gamaknya.
Berhati2 la kpd pengusaha Maahad Tahfiz, Sekolah2 Pondok dan org yg sakit seperti saya ini dgn scammers yg begitu berani dan terang2 skrg ni.
Mula2 kata nak ziarah, pastu nak tolong berubat pastu bg bon.. pastu?

Awas jangan sampai anda TERTIPU!”

“Takutlah kpd Allah, kepada org sakit, org2 tua,anak2 tahfiz, sekolah pondok sanggup ada yg ambik kesempatan…”
Terbaru, menerusi akaun Facebook Ustaz Kazim, beliau meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan individy yang dipercayai gologan VIP, datang mengambil kesempatan dalam [ada dirinya sedang ditimpa musibah.
Difahamkan, terdapat seorang individu yang bergelar VIP telah memberikan sumbangan berupa satu bon bernilai 1 juta Euro (RM4.7 juta) kepadanya pada 4 Jun (semalam).

Dalam coretannya, beliau turut berpesan pada pengusaha maahad tahfiz dan sekolah pondok, tidak urang yang ditimpa sakit sepertinya agar tidak terpedaya dengan ‘scammer’ yang kini lebih berani menjalankan kegiatan mereka secara terang-terangan.

Reaksi netizen, ramai yang sedih & kecewa

“Tergamak buat ustaz macamtu, sebak saya baca…”

“Allahuakbar ada jugak yang sanggp datang niat nak mempermainkan ustaz…”

“Moga Allah sentiasa lindungi ustaz…”

Sumber redaksi.com via fb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *