“Suami anda berubah” Pilih nikahi Dato berstatus duda anak 1 di Usia 23. Diambang 50 Tahun Lihatlah Datin Sofea Jane kini.

Datin Sofia Jane ialah seorang pelakon dan model Malaysia kelahiran London, United Kingdom. Beliau telah menetap di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia. Selain itu, beliau yang merupakan peranakan Inggeris dan Melayu ini mula dikenali menerusi watak pembantu dalam filem Mira Edora.

Antara filem lakonannya termasuklah Harry Boy (1992), Kekasih Awal dan Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan… (1993) dan Sayang Salmah (1995). Beliau meraih anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993.

Sofia Jane berkahwin dengan Meor Zain Azman pada September 1995 dengan hanya perkenalan yang cukup singkat, dan dikurniakan empat cahayamata—Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya. Pada Februari 2013, Sofia berkongsi gambar perkahwinannya kepada media.

FOTO TERKINI SOFEA JANE

Zahirah Macwilson pelapis Sofea Jane
Zahirah Macwilson antara pelapis anak seni yang mewarnai dunia lakonan tanah air. Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Sydney, Australia dan berketurunan British (bapa) dan Melayu (ibu) merupakan anak sulung dari empat adik-beradik.

Memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 12 tahun ketika di bangku sekolah, Zahirah MacWilson memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2015 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru dengan memegang watak Zahra, diikuti oleh watak Dr. Katrina dalam Hidayahmu Ramadan.

Namanya mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad dengan memegang watak Annisa. Memiliki wajah pan-Asia menjadikan wajah Zahirah tidak jemu dipandang.

Artis-artis wanita berwajah pan-Asia dilihat sebagai antara selebriti yang paling mudah mencipta nama. Senario ini sebenarnya bukan baru bagi dunia hiburan tanah air kerana tradisi sedemikian sudah lama diwarisi.

“Bakat adalah perkara utama apabila melibatkan diri dalam dunia lakonan. Memiliki wajah pan-Asia juga tidak membataskan diri saya untuk melakonkan watak wanita kampung. Saya tidak menganggap wajah pan-Asia sebagai platform untuk berjaya dalam dunia seni kerana bagi saya, wajah cantik sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan bakat,” ujar Zahirah.

“I don’t think so. Wajah pan Asia itu bukan satu kelebihan, at the end of the day kalau kita tak ada bakat, walaupun memiliki wajah pan-Asia, kita tidak akan ke mana-mana. Nama-nama besar seperti Julia Rais dan Sofea Jane sudah berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan tetapi juga berbakat besar dalam dunia lakonan,”ujar Amelia.


Tular di media sosial milik aktres veteran Datin Sofia Jane yang berkongsi gambar zaman mudanya bersama suami tercinta, dan gambar terkini di laman Twitternya semalam bagi meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-26 tahun.

26 Tahun Bahagia Bersama Suami Tercinta
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di laman Twitter tersebut, Datin Sofia mengatakan hubungannya bersama suami sangat kuat dan merupakan salah satu asbab hubungan mereka kekal meski terdapat konflik dan perbezaan.

Foto – Twitter @MemHanyut
“Kami mempunyai ikatan yang baik. Saya fikir ianya salah satu sebab ia kekal meski terdapat perbezaan dan konflik. Selamat ulangtahun ke-26!”

Peminat Titip Doa Serta Ucapan Buat Sofia Jane Dan Suami
Melihat tweet pelakon legenda di laman media sosial tersebut, ramai dikalangan peminatnya menitipkan doa serta memberi ucapan tahniah atas ulangtahun perkahwinannya yang ke-26 tahun di ruangan komennya.

Foto – Twitter @MemHanyut
“Tahniah dan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. Semoga berbahagia hingga ke Jannah… Amin”

“Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kak. Moga kekal bahagia hingga Jannah.. Sampaikan salam pada abang ya. Sama cantik, sama kacak, sama padan”

“Bukti bahawa walaupun 26 tahun kahwin, Mem baru bertambah 5 tahun saja!”

Selain menitipkan ucapan tahniah, ramai dikalangan peminat aktres veteran ini meluahkan rasa terpegun melihat wajah Datin Sofia yang tak makan dek usia dan kelihatan semakin jelita walaupun usia hampir mencecah 50an.

Foto – Twitter @MemHanyut
“Inilah seorang legenda yang aku kenal dari kecil sampai besar, sikit pun tak dimamah usia. Makin legend, makin cantik. Selamat menyambut ulangtahun ke-26”

“Cantik sis… Cantik manis. Semoga sentiasa sihat walafiat kak”

Peminat Minta Rahsia Kecantikan
Melihat aktres veteran ini tidak di makan dek usia, ramai yang meminta petua kecantikan pelakon legenda tanah air tersebut.

Dan Datin Sofia mengatakan tips kecantikan yang dilakukan adalah dengan menggunakan produk berasaskan tumbuh-tumbuhan, d1rinya menggunakan pencuci muka, pelembap muka dan juga sunscreen.

Foto – Twitter @MemHanyut
“Saya menggunakan produk semula jadi tapi apa yang berkesan untuk saya tidak semestinya berkesan untuk anda. Teruskan mencuba apa yang dapat membantu kulit anda jadi lebih baik.

Sejujurnya ianya hanya pencuci, pelembap dan sunscreen. Saya tidak guna banyak. Saya guna produk kecantikan MV organik. Kalau bekalan habis, saya gunakan La Mav, di mana anda boleh dapatinya di farmasi M Plus.

Tapi lagi sekali saya katakan, produk jenama yang saya gunakan mungkin tak semua sesuai untuk anda melainkan sunscreen!”

Sumber : Murai my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *