“Dia tak pernah sokong saya…” Tak Sampai 24 jam Bob Lokman pergi, Anak Pula dedah ini berlaku semasa hidupnya….

ANAK kepada pelakon dan pencipta lirik Allahyarham Bob Lokman iaitu Han Kabir masih teringat pesanan dan nasihat yang diberikan oleh arwah bapanya semasa pertemuan terakhir mereka kira-kira dua bulan lalu.Han atau nama sebenar Ahmad Sufian, 27, yang juga merupakan hos dan penyanyi rap berkata sebelum ini arwah bapanya itu tidak bersetuju dengan pilihannya untuk bergelar anak seni.

Namun, kebelakangan ini arwah seakan-akan memberi lampu hijau dan sempat menitipkan kata-kata semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam dalam industri hiburan.Sebelum ini arwah bapanya itu tidak bersetuju dengan pilihannya untuk bergelar anak seni.“Apa yang boleh saya katakan, di penghujung hidupnya dia mula menyokong saya teruskan kerjaya seni. Kalau sebelum ini dia tak bersetuju dengan keputusan saya ini.

Arwah ada memberikan saya nasihat dan kata-kata semangat untuk terus kuat dan tidak mudah berputus asa.“Dia juga ada memberikan beberapa jenis buku untuk saya belajar tentang pengacaraan dan menjadi hos yang baik.“Mungkin dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan dia membantu saya dengan berkongsi pengalaman yang pernah dilalui sepanjang bergelar anak seni,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Han berkata arwah seorang ayah dan suami yang sangat bertanggungjawab dan mempunyai matlamat dalam hidup.Malah, dia selalu mengingatkan anak-anak supaya menjadi insan yang berilmu dan sentiasa menjaga adab pertuturan.“Dia ayah, selebriti dan individu yang baik… semua orang tahu mengenai hal itu. Kira-kira dua bulan lalu, dia ada tanya saya apa yang saya mahukan dalam hidup ini?

“Dia kata kalau nak jadi selebriti yang baik, kita perlu banyak membaca, kena jaga penampilan dan pertuturan.“Sampai sekarang ini saya masih ingat lagi pesannya itu. InsyaAllah nasihatnya itu akan terus menjadi panduan untuk saya sampai bila-bila,” ujarnya.Tambah Han, kali terakhir dia bertemu arwah pada Julai lalu ketika keadaan kesihatan bapanya itu mulai merosot.Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *