-[VIDEO] Suka buka Sisi gelap orang, Individu Wanita ini Ingin Dedahkan ‘Sisi Gelap’ Caprice Pula? – “Tunggu Je Dia Bertemu Ruas”

Umum mengetahui mengenai penyanyi rap, Caprice yang sejak kebelakangan ini aktif membongkar kontroversi dan membuat ulasan mengenai individu tertentu di laman Instagramnya.

Terbaru, seorang wanita di TikTok tampil menyatakan bahawa dia bersedia untuk membongkarkan sisi gelap penyanyi tersebut.
Advertisement

“Kami dah ready nak bongkarkan sisi gelap Caprice,” tulisnya dalam video.

Video Player

Video pendek berdurasi kurang 15 saat itu dilihat dibanjiri dengan komen-komen warganet yang menyatakan mereka tidak sabar untuk mengetahui sisi gelap Caprice pula.

“Dia cakap macam dia taka da sisi gelap pulak kan… aku tunggu je dia bertemu ruas, Go girl!

“Mewakili netizen… go! go!

“Aku tak ambik port sangat sebelum ini tapi tiba-tiba ter’excited’ pulak bila tengok yang ini,” tulis warganet.

Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan Caprice akan diserang jika kacau boss Mydin.

“Dia kacau ustaz-ustaz dia steady lagi… dia kacau boss Mydin habis lah dia, mafia Mydin dah nak serang,” tulis seorang warganet.

Terdahulu, Caprice kerap dilihat berkongsi pandangan mengenai kes-kes yang berlaku melibatkan orang awam dan orang ternama sehinggakan ada individu yang menyifatkannya sebagai ‘attention seeker’.

Terdahulu, Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyanyi rap terkenal, Caprice ingin menyaman syarikat pasar raya terkemuka negara, Mydin susulan satu ciapan di Twitter malam tadi.

Bagi tempoh 24 jam

Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia akan menyaman Mydin sebanyak RM30 juta kerana merasakan dirinya tersindir dengan ciapan tersebut.

 

 

Tutup ruangan komen

Selepas teruk dikecam hebat oleh netizen yang rata-rata berpihak kepada pasar raya tersebut, selebriti kontroversi itu telah menutup ruangan komen di Instagramnya dengan alasan perkara berkenaan akan dibawa ke mahkamah kelak.

 

 

Siapa makan cili dia rasa pedas

Disebabkan perkara berkenaan menjadi kecoh, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin memaklumkan yang dia tidak kisah sekiranya penyanyi itu ingin melayangkan saman kepada syarikat mereka kerana tiada sebarang nama disebut di ciapan Twitter terbabit.

 

Hal tersebut dinyatakan dalam laporan dari Kosmo! susulan berasa pelik mengapa selebriti itu terlampau lantang dan terasa dengan ciapan mempromosikan barangan jualan di pasar raya Mydin.

“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa”.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

 

Nak buat kerja amal

Selepas menyatakan ingin menyaman pasar raya Mydin, Caprice telah berkongsi di Insta Story miliknya dengan menyuarakan keinginan menawarkan perbelanjaan percuma kepada followers di cawangan terpilih pasar raya berkenaan.

Mydin nak ‘join’ sama

Mengulas lanjut berkenaan hal itu, Datuk Wira Dr. Ameer telah mengalu-alukan kerja amal yang ingin dilakukan oleh Caprice dan akan menawarkan 1 kg paket gula kepada setiap mereka yang terlibat.

 

“Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan.

“Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda,” katanya.

Terdahulu, Caprice dikatakan ‘koyak’ selepas terdapat satu ciapan menyebut tentang topi dan beras yang dibuat oleh laman Twitter Mydin tanpa merujuk kepadanya.

 

Disebabkan itu, penyanyi rap terbabit meminta pihak Mydin untuk membuat video permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam dan jika tidak dia akan melayangkan saman sebanyak RM30 juta.

Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *