“Siapa persoal saya tak boleh nyanyi macam dulu, mereka bengap sebab.. ” – Nash

PETALING JAYA – Berkongsi rasa gembira melihat rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Hattan, Search dan U.K’s berjaya melunaskan konsert masing-masing, penyanyi Datuk Nash juga berasa bersemangat untuk berbuat demikian demi menghargai sokongan para peminat.

 

Kata pemilik nama lengkap Nashrudin Elias itu, sememangnya ada perancangan untuk mengadakan konsert namun masih dalam proses perbincangan.

 

“Saya ada bercakap dengan Datuk Ramli MS sebagai orang yang sangat besar dalam industri ini. Dan juga, Man Kidal.

 

“Kami bertiga dah ada persefahaman bersama untuk buat satu kejutan. Insya-Allah dalam hujung tahun ini,” katanya tanpa memberi sebarang perincian lanjut tentang perancangan konsert tersebut.

 

Penyanyi yang cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Lefthanded itu ditemui usai Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Haji 1443H TV AlHijrah, baru-baru ini.

 

Nash, 62, bagaimanapun tidak menjanjikan kualiti vokalnya akan sama seperti waktu mudanya dahulu dan mengharapkan pengertian daripada para peminat.

 

“Saya ini bukanlah hebat sangat menyanyi pun. Saya biasa-biasa sahaja lebih-lebih lagi umur dah 62 tahun.

 

“Kalau penonton atau sesiapa cakap saya dah tak boleh menyanyi dan sebagainya, maknanya mereka bengaplah (tertawa). Sebab faktor umur kan.

 

“Mereka tak boleh jangkakan orang yang dah berusia boleh nyanyi sebagaimana waktu awal kemunculan mereka. Bagi saya, yang paling penting adalah penghayatan dan juga cara sampai sesebuah lagu kepada orang.

 

“Itulah yang paling penting. Nak nilai seseorang itu bagus atau tak bagus, tengoklah bila kali pertama (lama dulu) dia keluar album,” ujarnya.

 

Saya sertai jemaah tabligh, bukan ajaran ses4t – Datuk Nash

Mengesahkan penyertaannya sebagai jemaah tabligh sejak lima tahun lalu, penyanyi rock terkenal tanah air, Datuk Nashrudin Elias, 61, atau Nash, bagaimanapun menganggap ia bukan satu kesalahan memandangkan tabligh bukan sebuah gerakan ajaran sesat.

 

Menurutnya, tidak wajar untuk sesetengah pihak atau masyarakat melihat jemaah tabligh umpama musuh kerana aktiviti dakwah dan perkongsian ilmu agama yang dilakukan menjurus kepada pengimarahan tentang sunnah Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

 

“Saya tahu sesetengah masyarakat masih tabu. Dulu waktu muda, saya sendiri pun lari masuk dalam rumah bila tengok jemaah tabligh. Iyalah konon-konon nak dakwahkan kita.

 

“Sepatutnya, kita kena bersyukur bila didekati dengan mereka ini kerana sekurang-kurangnya dapat pendedahan tentang ilmu agama dan melihat keindahan Islam,”katanya.

 

Nash berkata demikian semasa ditemui dalam sidang media pelancaran single baharunya, Sesuci Ramadan yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, di ibu kota, semalam.

 

Pengakuan itu sekali gus melenyapkan tanda tanya orang ramai mengenai sekeping gambar yang tular dalam media sosial dan memaparkan Nash menyertai jemaah tabligh baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

Sekeping gambar Nash yang tular dalam media sosial yang menunjukkan penyanyi ini bersama jemaah tabligh baru-baru ini

Selain itu, menurut penyanyi ini, dia tidak pernah merasa satu keperluan untuk berkongsi gambar atau menguar-uarkan hal pembabitannya dengan jemaah tabligh sebelum ini kerana ia bukan untuk dipublisitikan.

 

“Takut timbul sifat ujub, riak atau rasa diri bagus, walhal saya pun jahat, masih seorang pencetus dosa yang sentiasa nak belajar dan baiki diri. Nanti orang kata baru nak ingat agama bila sudah berumur, nak mati.

 

“Padahal, kematian itu bila-bila masa saja dan sepanjang hidup kita kena belajar, cari ilmu. Lagipun, sejak zaman dengan kumpulan Lefthanded lagi saya dah bawa lagu-lagu bercorak ketuhanan dan ada unsur dakwah.

 

“Lagu Alam dan Pencipta, Seruan, Qabul, itu antara lagu-lagu Lefthanded yang bercorak ketuhanan,”katanya.

 

Dalam pada itu, melihat semakin ramai anak muda dan artis yang menunjukkan minat untuk mendalami agama kini, Nash melahirkan kata pujian dan menganggap ia satu perkembangan yang positif.

 

Nash masih gementar

Penyanyi, Datuk Nash yang cukup dikenali sebagai penyanyi kumpulan Lefthanded mengakui gementar apabila bertanding dalam program realiti TV Hijrahkan Laguku walaupun sudah lebih empat dekad beraksi sebagai penyanyi.

 

Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 62, berkata, dia sentiasa reda dan bersiap sedia sekiranya namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam program yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah setiap Sabtu itu.

 

“Setiap minggu, perasaan gemuruh memang tak dapat dielakkan. Saya reda walaupun tersingkir. Yang penting, saya nak berdakwah melalui lagu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ini adalah platform terbaik untuk penyanyi tanah air menyampaikan dakwah menerusi karya muzik.

 

“Platform yang disediakan TV Alhijrah ini benar-benar patuh syariah dan dalam pada kita menyajikan satu pertandingan realiti TV berkonsep nyanyian, ada dakwah yang disampaikan kepada penonton.

 

“Rata-rata penonton memberikan komen positif mengenai program ini,” katanya.

 

Diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik pada episod lalu, Nash juga berkongsi mengenai karya-karyanya bersama Lefthanded serta solo yang sebenarnya memiliki maksud tersirat.

 

“Kalau anda meneliti lagu-lagu Lefthanded dan lagu-lagu solo saya, 90 peratus adalah lagu-lagu ketuhanan dan secara tak langsung membawa mesej positif kepada pendengar.

 

“Alhamdulillah, dari situ banyak pilihan lagu yang saya boleh pilih tanpa perlu menukar liriknya memandangkan ia sesuai dengan konsep program ini,” katanya

Berikut adalah Biodata Profail dan Latar Belakang Nash @ Datuk Nashrudin bin Hj Elias yang telah di kemaskini pada 22 Apr 2021.

 

Dato’ Nashrudin Elias (lahir 4 Oktober 1959) atau lebih dikenali sebagai Nash adalah seorang penyanyi rock yang popular di Malaysia. Beliau merupakan bekas vokalis bagi Kumpulan Step Closer dan

 

Lefthanded. Datuk Nash telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan

 

Ulang Tahun Hari Keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Datuk Undang Naning ke-21 di Melaka pada 8 Mei 2014.

 

Beliau pernah berkahwin dengan Hayati Mohd Yusuf dan mempunyai empat orang anak iaitu Fareena Nasha (sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak), Najeeha Nasha, Mohamed Shameer Nasha dan

 

Jasmen Hanis Nasha. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah pada tahun 1998.

 

Pada 16 November 2006 beliau berkahwin dengan Sosilawati Lawiya, seorang pengusaha produk kecantikan terkenal tetapi berpisah pada 2009.

 

Beliau juga merupakan bekas YDP PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam.

 

Nashrudin bin Hj Elias

 

4 Oktober 1959 (umur 61)

 

Muar, Johor, Malaysi

 

Nama lain Nash Lefthanded

 

Pekerjaan Penyanyi, pelakon

 

Pasangan: Hayati Mohd Yusof (k. 1996; c. 1998), Sosilawati Lawiya (k. 2006; c. 2009)

 

Pengkarya berkait “Lefthanded, Step Closer

 

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *