“Baru balik umrah kan..?” Hampir setahun “digam” dari Stesen TV-Netizen Terkejut Lihat penampilan Shuk sekarang…

Nama Shuk Sahar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kontroversi yang terpalit beberapa tahun kebelakangan ini telah meranapkan kerjaya seninya yang sebelum ini berada di puncak.

Walaupun krisis rumah tangganya masih lagi belum ada kata putus, namun dia seakan kembali bangkit apabila aktif semula di media sosial.

Shuk dalam Live TikTok
Terbaharu, kemunculan Shuk atau nama sebenarnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar dalam siaran langsung di TikTok seorang personaliti media sosial yang juga jurusolek telah mencuri perhatian ramai.

Shuk dilihat memakai rambut palsu selain mengenakan mekap sehingga menyerupai wanita muncul dalam siaran langsung bersama Danny Evans.

“Ini Karisma Kapoor (Danny), yang ini Aishwarya rice cooker (Shuk Sahar),”seloroh jurusolek itu.

Nohhhh sebijik kembaq
Perkongsian itu membuat ramai terhibur dan suka dengan penampilan Shuk dalam TikTok tersebut. Rata-rata di kalangan netizen mengatakan Shuk dan Danny seperti kembar kerana wajah mereka hampir menyerupai.

Kembar hidung tak sama

Lain macam Shuk
Segak pulak jadi perempuan…
Malah, ada juga memuji kecantikan Shuk sebagai seorang perempuan.

Dah tukar job ke?
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan sama ada Shuk kini sudah beralih arah setelah ‘dipalau’ oleh ramai netizen terutama ‘Persatuan Wanita Se-Malaysia’ ekoran gosip panas berlaku curang terhadap isterinya tempoh hari.

Sumber: Facebook Danny Evans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *