Izreen Azminda Mahu Tumpu Fokus Terhadap Perniagaan, Tapi Masih Ada Netizen Bitter Gara-Gara…

Walaupun sudah lama menyepi dari bidang lakonan, nama Izreen Azminda masih diingati oleh peminat-peminatnya.

Namun, siapa sangka kenyataan pelakon menerusi drama Hadiah Dari Tuhan ini disalah ertikan oleh segelintir warganet yang nampaknya masih ‘bitter’ dengan kontroversi lama melibatkan Izreen.

Terdahulu, memetik kenyataan Izreen menerusi laporan bersama Utusan Malaysia, aktres itu mengakui tidak mahu terlalu fokus terhadap bidang lakonan walaupun masih menerima beberapa tawaran.

Baginya, dia lebih selesa untuk meneroka dan mengembangkan lagi perniagaan kosmetik dan penjagaan kulit di bawah jenama L’Oleaf Beauty bersama rakan niaganya.

“Sekarang, Tuhan bagi nikmat lebih daripada apa yang saya dapat dulu. Sedih itu, sedihlah juga bila tak berlakon sangat dah. Malah pernah satu ketika, saya rasa macam tak yakin mampu untuk buat benda lain selain berlakon.

“Rindu pun ada. Tapi Allah bagi saya bermacam-macam nikmat lain bila fokus pada dunia perniagaan sekarang. Tak tahu macam mana nak gambarkan kebahagiaan itu,”katanya.

Tambah Izreen lagi, dia juga bersyukur memilih jalan ini kerana kehidupannya juga dirasakan lebih tersusun.

Sementara itu, melihat kepada respons yang diberikan warganet menerusi ruangan komen di Facebook Utusan Malaysia, terdapat segelintir mereka masih menggelar aktres ini dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Sumber ohbulan

Article sebelumnya,

Shahir bakal bertunang esok, Ini Kata2 Erra Fazira kepada bekas kekasihnya buat Netizen sebak..

PETALING JAYA – Bakal bergelar tunangan orang esok, Shahir Zawawi mengakui debaran semakin berganda menanti detik ‘terbang’ ke kampung halaman wanita yang menjadi pilihan hatinya di Tawau, Sabah, petang ini.

Katanya, sepatutnya majlis pertunangan mereka diadakan di Kuala Lumpur, tetapi diubah ke kediaman keluarga pihak perempuan untuk membolehkannya membawa ibu bapa makan angin.

“Alhamdulillah, segala urusan untuk majlis ini berjalan lancar hasil bantuan keluarga serta kawan terdekat yang turut sama membuat persiapan akhir.

“Ikut perancangan awal memang mahu langsungkan majlis pertunangan di sini (Kuala Lumpur), namun selepas berbincang kami putuskan untuk adakan di rumah keluarganya.

“Bukan saja dapat mengenali saudara maranya yang memang ramai di situ, saya juga ambil kesempatan untuk bawa emak abah jalan-jalan di Tawau. Ikutkan empat hari kami ada di sana.

“Dari Kuala Lumpur rombongan kami hanya berenam membabitkan saudara terdekat dengan membawa bersama lima dulang hantaran,” katanya kepada Kosmo! Online

Pada akhir Jun, penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu membuat kejutan mengumumkan akan bertunang dengan ahli perniagaan dekorasi dalaman dan pakaian yang berusia 30 tahun.

Walaupun hanya sebulan lebih mengenali hati budi, juara Akadeni Fantasia 8 (AF8) itu nekad membawa hubungan tersebut ke fasa perkahwinan yang difahamkan berlangsung sekitar September depan.

Biarpun masih belum terbuka untuk mended4hkan wajah si dia, carian Kosmo! dapat menjejak akaun Instagram wanita yang membahasakan dirinya sebagai Ekin.

Terdahulu, Shahir, mengakui tiada niat menyembunyikan wajah bakal suri hati, sebaliknya memaklumkan akan memperkenalkan wanita itu selepas majlis pertunangan mereka.

Katanya, dia mahu menjaga privasi, tambahan pula sebelum ini mereka sibuk dengan persiapan untuk hari merisik dan tunang, selain persediaan majlis perkahwinan.

“Bukan saya sorokkan dia, kalau ada yang terjumpa kami di mana-mana lokasi ketika uruskan persiapan hari kenduri saya tak akan mengelak.

“Cuma untuk kongsi gambar dia di media sosial bukan sekarang. Saya belum dapat ‘lesen’ sebab kami tiada ada apa-apa ikatan lagi. Tunggu lepas tunang.

Lagipun dia jenis ‘low profile’. Dia belum biasa dengan senario kerjaya saya, biar dia kenal situasi ini secara perlahan-lahan,” katanya.

Mengulas lagi mengenai perincian hari bahagia, katanya selepas bertunang, dua majlis resepsi bakal menyusul beberapa bulan selepas itu iaitu di Kuala Lumpur disusuli Tawau, dua minggu kemudian.

Isimewanya dedah Shahir, dia akan mendendangkan sebuah lagu khas pada hari persandingan, yang juga kemuncak bagi acara berkenaan.

“Sebenarnya sekarang saya dalam proses menghasilkan lagu tersebut dengan dibantu rakan seperjuangan saya, Oja. Itu adalah luahan ketulusan saya terhadapnya.

“Dia pun belum tahu mengenai lagu ini, tapi tak mengapa saya dedahkan lebih awal berkenaan kejutan istimewa ini.

“Lirik dendangan ini hanya akan saya perdengarkan kepadanya selepas kami sah jadi suami isteri,” katanya lagi yang belum sedia mendedahkan tarikh pernikahan mereka.

Selain itu Erra Fazira juga ada pesan buat Shahir,


Dalam pada tu,


Selanjutnya,

Sumber HM & Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *