Selepas 4 tahun bercerai dengan Vanidah Imran… Ini keadaan sekarang rashidi Ishak buat ramai terkejut…

SELEPAS bercer4i dengan aktres Vanidah Imran pada 2018, pelakon Rashidi Ishak mengakui pernah cuba mengenali beberapa wanita lain namun memberitahu hubvngan tersebut tidak pernah menjadi dan kini lebih selesa hidup bersendirian.

Rashidi, 49, berkata, fasa mengenali wanita lain membuatkan dirinya sedar bahawa hubvngan cinta bukan lagi keutamaan dalam hidupnya kini.

“Jujur saya katakan, saya pernah keluar dengan beberapa orang wanita selepas bercer4i. Ketika itu saya fikir mungkin perlu tunjuk diri masih menarik.

Vanidah dan Rashidi berpisah selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

“Setiap orang yang bercer4i pasti akan ada rasa ingin memiliki orang lain dalam diri. Tetapi apabila saya sendiri melaluinya, saya sedar bahawa bukan itu yang saya mahukan.

“17 tahun saya dalam alam perkahwinan sebelum ini… untuk kembali mendirikan rumah tangga mungkin tidak,” katanya kepada mStar.

Pun begitu kata Rashidi, meskipun tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kehadiran wanita lain dalam hidupnya namun dia mengakui berasa t4kut untuk memberi komitmen baharu dalam hubungan lebih serius.

Pelakon drama Kampung People ini memberitahu ketika ini fokusnya adalah kepada kerjaya seni selain aktiviti harian yang boleh membuatkan dirinya berasa seronok dan tenang.

“Saya tak fikir mahu ada komitmen seperti sebelum ini, mungkin juga rasa t4kut.

Masa saya sekarang banyak dihabiskan dengan kerja. Jika tidak terlibat dengan penggambaran, saya akan menulis atau bermain muzik. Setakat ini, itu yang memberi keseronokan kepada saya,” ujarnya.

Saya tak fikir mahu ada komitmen seperti sebelum ini. Mungkin juga takut

RASHIDI ISHAK

Mereka mendirikan rumah tangga pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata itu Mikhail Imran dan Mariam Rashika.

Rashidi ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun aplikasi Sooka serta pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Hantu Raya Pergi Perang yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis lalu

Rashidi bersama pelakon dan pengarah Hantu Raya Pergi Perang.

Bercakap tentang drama tersebut, kata Rashidi dia setuju menerima tawaran berlakon dalam drama tersebut kerana merasakan watak Osman Buaya yang diberikan tidak pernah dibawakan sebelum ini.

“Cerita ini mengandungi unsur-unsur sindir4n kemasyarakatan,” jelasnya

Sumber TTK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *