“Seolah berbangga” Apabila dibawa ke mahkamah harini, Netizen kurang senang dengan cara berjalan Siti Nur Amira… Lihat video

Kuala Lumpur: Wanita yang tular di media sosial selepas dikatakan menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini, untuk pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Suspek berusia 28 tahun yang memakai baju kot berwarna hitam tiba pada 9 pagi dalam keadaan bergari dengan diiringi beberapa anggota polis dibawa masuk mahkamah.

Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah itu seawal jam 7.30 pagi tadi untuk merakam video serta gambar wanita terbabit.

Teman lelaki wanita berkenaan, 38, pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman selama empat hari hingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya serta direman selama tiga hari.

SUSPEK dibawa oleh pegawai PDRM untuk pertuduhan kes menghina agama Islam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin
SUSPEK dibawa oleh pegawai PDRM untuk pertuduhan kes menghina agama Islam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu yang mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga memaklumkan pihaknya sedang menyiasat video itu, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara serta-merta lesen kelab komedi itu susulan tular video terbabit.

Terdahulu,
Kuala Lumpur: Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang menghina kesucian agama Islam dan menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap wanita yang didakwa menghina Islam dalam video yang tular baru-baru ini.

“Saya mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan seumpama ini.


“Saya menyeru pihak berwajib supaya mengambil tindakan tegas menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada supaya ia tidak terus menjadi amalan dan budaya di negara tercinta ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian merujuk rakaman video seorang wanita tular mengaku sebagai Muslim berasal dari Kuala Kangsar dan mendakwa sudah menghafal 15 juzuk ayat suci al-Quran sebelum menanggalkan baju kurung dan tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

Mengulas lanjut, katanya, perbuatan wanita itu menghina Islam dan mencabar sensitiviti, keharmonian masyarakat berbilang amalan, agama dan kepercayaan negara ini.

“Kita harus menghantar mesej jelas, walaupun kita menjunjung hak dan kebebasan bersuara, kita tidak akan berkompromi dengan apa-apa jua bentuk perlakuan yang menghina kesucian Islam dan menyentuh sensitiviti masyarakat seluruhnya,” katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amira Abdullah dalam satu acara di sebuah kelab di TTDI, di sini.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya Melayu dan Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya

Dalam pada itu, Netizen berasa kurang senang dengan cara berjalan Siti Amira seolah-olah dengan bangga akan perbuatan.

Antara komen Netizen,

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *