Selepas menangis mohon maaf isu Musik video x senonoh , Tular pula video Baby Shima “Seakan” peluk Aliff Syukri ??

MOHON MAAF, UNDUR DIRI DARI MEDIA SOSIAL – NETIZEN ‘KANTOIKAN’ ALIFF SYURKI MUAT NAIK GAMBAR UBAT ORANG LAIN

“Kepada semua, saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan selama saya berada di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama mak dan isteri saya.

“Saya minta maaf banyak-banyak,” itulah kata usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka, selepas video memaparkan aksi menari ghairah bersama Baby Shima hangat diperkatakan sehingga dikecam teruk.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya, Aliff turut memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.


Aliff yang dilihat menangis teresak-esak itu berkata dia juga membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Tambahnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.

“Demi mak saya, bini saya, anak-anak saya, saya tak nak main media sosial dah. Saya minta maaf banyak-banyak. Terima kasih atas sokongan semua kepada saya. Sesungguhnya ini dugaan paling berat buat saya. Doakan yang terbaik buat perniagaan saya,” tuturnya.

Sementara itu, pada kapsyen video tersebut Aliff turut mengucapkan selamat tinggal pada akaun Instagram miliknya itu yang mempunyai pengikut mencecah 4.3 juta. Aliff turut mengatakan dia hanyalah insan kerdil yang mempunyai banyak dosa serta mendedahkan dia sebenarnya sakit mental.

“Selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang saya nak berpisah dengan awak dan nak ada kawan banyak seperti ini. Saya akan rindu momen dan memiliki 4.3 juta kawan dan semua media sosial saya termasuk Facebook dan TikTok yang berjuta-juta.


“Saya hanyalah insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental dan dah tak tahan. Dari kosong sampai ke tahap ini, saya redha dan ikhlaskan demi kebaikan semua. Doakan yang terbaik buat saya,” tulisnya.

Selepas memuat naik video tersebut, perkongsian Aliff yang lain telah mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar ubat dengan kapsyen, “Matikan aku dengan tenang dan beriman”.

Perkongsian Aliff itu sekaligus menimbulkan kerisauan mengenai keadaan usahawan itu serta meminta supaya beristighfar. Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah gambar itu merupakan mesej untuk dia membunuh diri.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan itu hanyalah drama semata-mata untuk meraih simpati daripada orang ramai. Difahamkan, perkongsian itu telah pun dipadam beberapa minit dimuat naik.

Aliff yang sempat berkongsikan sekeping gambar ubat sebelum akaun Instagram miliknya dipadam dan tidak boleh diakses oleh sesiapa itu telah didakwa oleh seorang individu di Twitter yang menyatakan bahawa gambar ubat-ubatan tersebut merupakan miliknya yang dimuat naik pada tahun 2020.

Individu berkenaan turut menyatakan perasaan tidak puas hati bukan kerana gambar ubatnya ‘dirembat’ oleh Aliff Syukri, tetapi kerana sikap usahawan itu yang mempermainkan penyakit berkaitan mental.

Selain itu, individu itu mendakwa bahawa Aliff Syukri sedang cuba untuk memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia tentang masalah yang dihadapinya. Apa-apa pun, diharap agar Aliff Syukri diberikan kesihatan dan hidayah daripada Allah SWT.

Sumber artis Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *