“Sebab dia derhaka, itu yang pakai inai tak jadi..” Bukan salah inai.. Dia tu yang…. – Neelofa

Umum mengetahui pelakon dan usahawan tersohor Neelofa telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu inai yang dikenali sebagai Innai NunHa dan boleh dikatakan produk tersebut menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat apabila ramai mengatakan sudah mendapatkan produk itu.

Akan tetapi, kecoh di media sosial apabila mereka yang sudah menggunakan produk tersebut meluahkan kekecewaan dan mengkritik kerana warnanya tidak seperti digambarkan dan kelihatan ‘lebam’ disebabkan tersepit pintu.

Sedar inai keluarannya diperkatakan ramai, pelakon dan usahawan tersohor Neelofa tampil bersuara bagi menjelaskan hal sebenar kepada mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ain Holib di platform TikTok, Neelofa mengatakan benda itu takkan terjadi sekiranya mereka tidak menderhaka dengan pantang larang produk tersebut.

“Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions (arahan), pantang larang, derhaka ukuran air, derhak semua. Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derhaka.”ujar Neelofa.

Dalam masa yang sama, Neelofa meluahkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pengguna yang memuat naik video memburuk-burukkan inai Nunha dan perbuatan tersebut seolah-olah mahu menutup periuk nasi seseorang.

“Lepas tu upload (muat naik) video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain. Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik.

“Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki. Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul.”ujarnya lagi.


Terdahulu, Neelofa sempat menjawab beberapa soalan daripada warganet berkenaan status selaput inai atas kuku dan tahap penyerapannya yang mungkin diragui oleh beberapa pihak.

Tegasnya, keluaran syarikatnya sedang dalam proses mendapatkan sijil HALAL dan SIRIM bagi meyakini orang ramai terutamanya golongan wanita untuk tidak bimbang dengan produk mereka.

Sumber: Twitter @hfqaazmi, TikTok @ainholib @ain_basri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *