Sakit tak ‘surut’ lepas jumpa 8 pakar, kini giliran KKM pula bantu Ustaz Kazim cari penawar, tapi ini pula yang netizen perasan…

Setelah sekian lama menanggung derita penyakit ‘misterinya’, pendakwah bebas, Dato’ Ustaz Kazim Elias memberitahu bahawa terdapat beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin membantunya.

Semua pakar kata sakit kulit biasa
Menurutnya, pakar dari Institusi Penyelidikan Perubatan, KKM telah datang bertemunya dan beliau dijadualkan bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada Khamis.

“Mereka akan buat biopsi untuk kenal pasti jenis penyakit saya dan kaji apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan lapan doktor pakar dan pakar kulit menyatakan hanya sakit kulit biasa dan akan hilang apabila pakai krim.”

“Tetapi sehingga sekarang sakit saya tidak sembuh. Mereka mengikuti perkembangan saya dan ambil keputusan untuk bantu dengan membuat biopsi untuk kenal pasti penyakit ini.”

-Kazim Elias-

Syukur ramai sudi bantu
Beliau luah syukur atas bantuan yang dihulurkan, bukan sahaja dari kalangan pakar tetapi juga persatuan doktor tetapi juga secara individu.

“Saya bersyukur kerana ada pihak yang tampil membantu pada saat saya terbuka untuk berkongsi sakit yang saya deritai selama ini.”

-Kazim Elias-

Terdahulu, pendakwah itu ada berkongsi akan sakit yang dialaminya sejak lapan bulan lalu.

Namun, siapa sangka rupanya selain menahan sakit, beliau juga mengalami kegelisahan hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.

Sumber redaksi.com

Terdahulu

Upah bomoh sampai 30k, Ustaz cerita pengalaman disihir paling kuat..

Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mendedahkan seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya dan turut memohon maaf kerana telah menyihirnya selama ini.

Menerusi sebuah temu bual esklusif yang disiarkan secara langsung di Facebook Kosmo pada Selasa, Ustaz Kazim berkata dia telah menanggung derita akibat perbuatan sihir sejak tahun 1997, namun sehingga kini hanya enam individu yang tampil meminta maaf kepadanya.

“Yang mula-mula dua, suami isteri, kemudian tiga orang lelaki semua. Kemudian yang terbaharu, seorang,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim beritahu ada dalam kalangan mereka yang meluahkan kata-kata maaf dalam keadaan teresak-esak dan mengalirkan air mata.

Ustaz Kazim berkata ada sesetengah individu sanggup berbuat perkara keji itu kerana mereka mempunyai perasaan hasad dengki serta berasa tidak puas hati terhadapnya.

“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.

“Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya,” ujarnya.

Sementara itu, Ustaz Kazim sempat bercerita semula pengalaman cemas yang dilaluinya semalam apabila terdapat seorang individu yang tidak dikenali secara tiba-tiba bertindak mencekik lehernya.

“Macam semalam (kelmarin), saya pergi ceramah di satu tempat. Habis satu ceramah, saya agak dalam lapan orang anggota polis iring saya, kepung saya sebab orang ramai datang.

“Dalam ramai-ramai anggota polis kepung saya pun, ada terlepas lagi seorang, dia tiba-tiba dia cekak saya punya tekak. Saya tak tahu apa niat dia sebenarnya,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen Facebook rasmi media Kosmo itu mendapati ramai dalam kalangan netizen yang tidak henti menzahirkan ucapan doa buat penceramah selebriti itu yang selama ini banyak memberi dakwah kepada kepada umum.

Sumber kosmo

Dukun Dakwa Berjaya Temui Dan Lukis M4khluk Slhir Ust Kazim. Tak Sangka Ini Rupanya M4khluk Itu..

Sebelum ini, Ustaz Kazim telah mendedahkan keadaan dirinya yang dipercayai terkena sihir dan mengatakan seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyihir dirinya.

Video berada di bawah artikel

Susulan itu, tular video TikTok @official_neopawangdiraja dimana dia membuat pendedahan berkenaan orang yang menyihir Ustaz Kazim. Menerusi video tersebut, dia telah melukis 4 individu berbeza yang menyihir Ustaz Kazim dengan

Sosok yang pertama ialah seorang wanita bertudung dan didampingi oleh makhluk berupa hantu pocong bermata hijau, manakala sosok kedua ialah seorang lelaki berkopiah menggunakan barang sihir seperti rambut, jarum dan tisu peluh mangsa.

Bagi sosok ketiga pula ialah seorang dukun dari Indonesia dimana mempunyai lembaga hitam sebagai lembaga suruhannya dan sosok keempat ialah seorang dukun asli yang menggunakan katak dan jin harimau belaannya.

Menurut lelaki tersebut, dia tidak mengenali individu-individu yang dilukisnya dan tidak berniat untuk menuduh mana-mana pihak. Tambahnya, lakaran yang dikongsikan adalah sebuah lakaran ghaib yang terhasil daripada gerak yang Maha Kuasa.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut. Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan kebenaran pada lukisan tersebut.

Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan bahawa cara perubatan seseorang itu berbeza dan mungkin lelaki itu memang memang boleh melihat benda ‘ghaib’ tersebut.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mendoakan agar kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan kesemua sihir berjaya dibuang. Di akhir video, lelaki tersebut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sesiapapun.

Orang jumpa gambar saya di tempat rawatan bomoh Thailand” Ustaz Kazim dedah ada orang kata dia mungkin terkena sihir ‘puru katak’

Penyakit misteri yang dialami oleh Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim Elias (UKE) seperti yang didedahkan beliau sebelum ini, telah mengundang rasa simpati ramai.

Berdasarkan perkongsian video terbaru di Facebook, Ustaz Kazim berkata, beliau kini sedang dalam usaha mencari individu di Thailand yang menjadi ‘punca’ kepada keadaan yang dialaminya itu.

”Sahabat saya dari Thailand dah sampai dua hari lepas, jadi kita nak cari orang di Thailand yang disebut berkali-kali yang orang jumpa gambar saya di tempat rawatan dia,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau sanggup membayar berapa yang diminta demi kembali menjadi sihat semula.

”Nak pujuk dia supaya buangkan sihir dia supaya dengan izin Allah tak ada sihir lagi, berapa ribu nak pun kita bayar lah pada bomoh tadi untuk tarik balik apa yang dia buat,” katanya.

Kesan daripada kena sihir, Ustaz Kazim mendakwa bahawa luka muncul di bahagian wajah dan badannya selain wajahnya turut menjadi hitam dan tangan serta kaki turut mengecil.

”Dekat muka dah jadi hitam, kaki saya mengecil tangan saya pun mengecil, yang besar hanya perut sahaja sebab tu ramai orang kata (Ustaz Kazim) kena sihir puru katak,” katanya.

”Jadi, kena sihir daripada katak macam tuan-tuan tengok katak tu macam tu lah kaki katak jadi kecil, tangan katak kecil yang besar hanyalah perut, itulah saya,” katanya.

Tambah beliau, darah juga keluar di bahagian tubuhnya akibat penyakit tersebut.

”Dia jadi luka ikut suka, duduk saja-saja dia keluar darah meleleh, darah satu badan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan mengenai isu gambar yang dimuat naik sebelum ini di mana telah mencetuskan kontroversi ramai.

Gambar tersebut dikatakan sekadar kesan makeup oleh juru solek dan bukan penyakit seperti yang didakwa oleh beliau.

”Takkan saya nak tunjuk benda aurat saya dalam Facebook, benda tu aib pada saya, kebetulan (juru solek) buat pada lengan saya (untuk filem) jadi saya masukkan,” katanya.

Jelas beliau, kesan daripada penyakit tersebut muncul pada bahagian perut dan peha yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

”Takkan saya nak tunjuk keadaan di perut saya, di peha saya, hanya orang yang dekat sahaja yang tahu, anak-anak dan isteri.

”Ini bukan benda tipu cuma saya sorok pada orang, benda yang tak boleh disorok di muka jadi di muka ini penuh dengan foundation,” katanya

Sumber sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *