Sakan joget2 lepas potong halkum, luka pembedahan Lucinta Luna koyak semula

Selain daripada Sajat, nama Lucinta Luna juga tidak asing di telinga kita memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam satu muzik video lagu ‘Bobo Dimana’ yang dinyanyikan bersama usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri.

Selebriti Indonesia yang diragui status jantinanya itu difahamkan baru sahaja membuat pembedahan membuang halkum yang dikatakan milik ‘khadamnya’ yang menganggu suara wanita milik Lucinta Luna.

Pembedahan buang halkum
Dia juga telah berkongsi keadaan sewaktu selesai dibedah serta keadaan terkininya yang sudah boleh keluar dari hospital serta sakan berjoget-joget di khalayak ramai dengan balutan penuh di keseluruhan kepala.


Jahitan pembedahan terkoyak
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru selebriti sensasi dari ‘seberang’ itu, dia memaklumkan yang jahitan dari pembedahan membuang tulang halkum yang dilakukan tempoh hari terkoyak susulan tindakannya yang sakan berjoget tanpa berhati-hati.

Dalam muat naik tersebut, dia terpaksa berjalan tegak tanpa banyak pergerakan dilakukan bimbang akan ada luka baru selepas jahitan yang terkoyak itu dibetulkan semula.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dari warganet diterima memandangkan Lucinta Luna memang terkenal dengan kontroversinya yang suka membuat pembedahan untuk kelihatan lebih feminin.

Ada diantara mereka akui terasa ‘ngilu’ melihat pembedahan yang dilakukan kali ini demi mendapatkan suara seperti seorang wanita sejati.

Sumber: TikTok @lucintaluna_manjalita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *