Rumah bonda di benar buka semula, Tapi Nilai kompaun pula jadi buah mulut Netizen…

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret hari ini membenarkan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur di Setapak yang dikenali sebagai Rumah Bonda dibuka semula.

Bagaimanapun premis berkenaan tidak boleh beroperasi sebagai pusat jagaan.

Rumah perlindungan berkenaan dikenakan tindakan Lak (penutupan) pada 12 Julai tahun lalu selepas menerima Notis Lak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) kerana tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Majistret Nur Syafiqah Noorinda hari ini membenarkan perintah untuk menanggalkan Lak seperti yang dipohon Rumah Bonda melalui pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali dalam saman pemula difailkan 7 Jun lalu terhadap Jabatan JKM WPKL supaya premis itu dibuka semula.

Menurut peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Rumah Bonda selaku plaintif, perintah menanggalkan Lak diberikan Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 16A Akta Pusat Jagaan 1993, tanpa bantahan daripada pihak JKM.

Beliau berkata, melalui perintah itu, Rumah Bonda hendaklah mengaku janji bahawa premis berkenaan tidak akan digunakan sebagai pusat jagaan.

Katanya, Rumah Bonda sudah dikompaun dan menjelaskan kompaun berjumlah RM5,000 pada 25 April lalu.

Dalam prosiding itu, Pengarah JKMWPKL diwakili Peguam Persekutuan, Fatin Shafira Ab Patah.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama saman pemula berkenaan, Siti Bainun berkata, Pertubuhan Rumah Bonda ditubuhkan pada 31 Januari 2019 yang pada mulanya beroperasi di Laman Residen, Kipark Seri Utara sebelum berpindah ke Taman Setapak pada 27 Oktober 2020.

Di Taman Setapak, rumah perlindungan itu dikenali dengan nama Rumah Bonda dan sepanjang beroperasi, ia berada bawah pengawasan dan pemantauan JKMWPKL.

Menurut Siti Bainun, beliau menerima Notis Lak daripada JKM WPKL, yang memaklumkan Rumah Bonda di Taman Setapak akan ditutup mengikut Seksyen 16(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

 

 

Beliau berkata, tindakan Lak yang dibuat pada 12 Julai 2021 atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah tidak adil, tidak mengikut prinsip pentadbiran dan undang-undang administratif yang wajar kerana JKMWPKL mengetahui ia dalam proses permohonan pendaftaran.

Katanya, pada 20 April lalu, rumah itu menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan), di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993, sehubungan itu ia membuat bayaran penuh kompaun itu pada 25 April.

Bagaimanapun Siti Bainun berkata, beliau kecewa apabila dimaklumkan oleh Pegawai Penguat kuasa JKMWPKL bahawa, Rumah Bonda hanya boleh dibuka melalui satu perintah mahkamah walaupun kompaun sudah dijelaskan sepenuhnya.

Katanya, selepas tindakan Lak itu dilaksanakan, beliau, ahli jawatankuasa dan sukarelawan tidak lagi mempunyai akses untuk memasuki Rumah Bonda, sekali gus menyukarkan usaha permohonan pendaftaran dan tidak boleh menjalankan kerja amal yang lain, seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

Antara komen netizen,

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *