“Dia pon nak cari rezeki juga” Temubual terganggu bunyi hon jual roti, Tapi tindakan lelaki baju kuning ini jadi bualan…

Bagi individu yang pernah membuat liputan secara ‘live’ pasti sudah terbiasa dengan cabaran luar yang adakalanya menyukarkan tugas mereka.

Bukan sahaja disebabkan oleh faktor cuaca, tetapi juga keadaan sekeliling sehingga tugasan tergendala ataupun terganggu.

Dalam video berdurasi 15 saat itu menyaksikan detik apabila temubual wartawan terganggu disebabkan bunyi hon peniaga roti di sebuah kawasan rumah flat.

“Kenapa dia kena senyap?”
Situasi tak disengajakan itu bagaimanapun menjadi perbualan dalam kalangan warganet apabila seorang lelaki berbaju kuning yang berdiri di sebelah Hannah Yeoh meminta agar peniaga itu senyap.

Sementara, individu yang ditemu bual hanya tersenyum dan kekal tenang berdepan kejadian tersebut.

“Korang yang salah pergi duduk situ”

 

“Aney boleh buat aduan”

 

 

Video :

Sumber redaksi.com

Article sebelumnya,

Lama tunggu giliran, pemuda tergamam pegawai JPJ suruh ke kaunter lain. -“Dia kata penat, tapi sambil main fon”

Lama tunggu giliran, pemuda tergamam pegawai JPJ suruh ke kaunter lain. -“Dia kata penat..”

Seorang lelaki yang juga merupakan pemilik kenderaan pelancong berkongsi pengalamannya sewaktu berurusan dengan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

Pegawai JPJ mengeluh penat di kaunter
Dia bernama Wong Qiau Wei terkesima dengan layanan yang diberi seorang petugas JPJ yang ketika itu berada di kaunter urusan.

Menurutnya, ketika tiba di kaunter, anggota terbabit merungut melihat dokumen yang dibawa Qiau Wei pada hari kejadian.

“Ini apa? Kenapa begitu banyak dokumen? Saya tidak mahu tengok. Saya penat. Kamu cari orang lain.”

Terpaksa ke kaunter lain
Insiden membuatkan dia rasa ‘tergamam’ kerana setelah sekian lama menunggu giliran, akhirnya dilayan sebegitu pula.

Hal itu juga kemudian mendorong dirinya untuk membuat aduan kepada pihak atasan secara atas talian .

“Aik, boleh pula macam tu”
Disebabkan kes itu, netizen mula ‘naik angin’ dengan sikap anggota terbabit yang sepertinya langsung tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya.

“Adab kerja gomen ni sama je”

“Paling pun tukar bahagian ”

Pegawai JPJ mohon maaf
Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Qiau Wei memaklumkan bahawa aduan tersebut telahpun sampai ke pengetahuan pihak atasan.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga enggan memanjangkan isu lagi memandangkan anggota terbabit telahpun bertemu dengannya untuk membuat permohonan maaf atas perlakuannya.

SUMBER:
FB (Qiau Wei)
Twitter Malaysia Most Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *