Ramai sudah jangka, Nikahi ahli perniagaan di Thailand 7 tahun lalu, Tak sangka ini keadaan Adira sekarang..

Kuala Lumpur: Penyanyi Adira Suhaimi, 31, sepertinya kini sarat hamil anak keempat, apabila ‘baby bump’ semakin kelihatan dalam perkongsian videonya di Instagram ketika bersiar-siar bersama tiga anaknya di ibu kota.Menerusi video yang dikongsikan Adira semalam, memaparkan dia begitu sibuk mengawasi anak-anaknya.Namun, ia begitu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bertanyakan mengenai kandungannya serta mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Pujaan Hati itu.

Menariknya, dalam videonya juga Adira berkongsi kata-kata motivasi yang mengingatkan kita agar tidak membuang masa dan tenaga untuk membalas setiap kejahatan dan perkara tidak baik dilakukan orang lain terhadap diri kitaJadi, tidak perlu membuang ‘energy’ menjahati balik orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Buang-buang waktu. Keep it simple, keep it focus. Terus berkarya, terus jadi orang yang baik.

 

 

“Jangan pernah bosan jadi orang yang baik. Suatu saat, Allah akan menampakkan setiap kebaikan pastilah berbalas sebuah kebaikan,” memetik audio original daripada pendakwah Indonesia, Irfan Rizki Haas.Hasil tinjauan Harian Metro di ruangan komen pula, kebanyakan netizen memuji penampilan Adira yang dilihat berseri-seri walaupun sarat hamil.“Alhamdulillah, berseri-seri muka Adira pregnant,” tulis seorang pengikut Instagramnya.

Adira yang dilihat turut membalas komen sebahagian pengikutnya mengucapkan terima kasih termasuk meninggalkan emoji tertentu.Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan lanjut Adira tidak berjaya apabila beberapa panggilan telefon dibuat kepadanya tidak dibalas termasuk panggilan menerusi WhatsApp.

Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3. Sumber metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *