“Perlu Ke Pegang” – Panggil Nyanyi Atas ‘Stage’, Peminat Kritik Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura

Konsert Dewa yang berlangsung di Kuala Lumpur bukan sahaja membuatkan peminatnya gembira tetapi juga selebriti yang turut suka pada band dari Indonesia ini.

Video pendek menunjukkan band tersebut menyanyikan lagu popular mereka, Sedang Ingin Bercinta bersama Fazura meraih perhatian warganet.

Menerusi rakaman dimuat naik oleh pengurus Fazura, Iman Tang di Instagram, isteri kepada Fattah Amin itu telah dijemput ke atas pentas untuk menyanyikan bahagian wanita di dalam lagu tersebut

Ramai rakan selebriti dan pengikutnya memberikan reaksi mereka di ruangan komen namun sesetengah peminat dilihat berasa kurang senang dengan tindakan Ahmad Dhani.

Berdasarkan video itu, Ahmad Dhani dilihat memegang belakang Fazura dan menyuruhnya untuk mara ke tengah pentas ketika menyanyi.

Apa yang dilakukannya itu dikatakan kurang manis apatah lagi masing-masing berstatus isteri dan suami orang.


Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat ia adalah tindakan spontan daripada Ahmad Dhani, bukanlah kerana mempunyai niat yang lain.


Sumber : beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *