“Pergi blah dengan kau punya halal..” – Wanita kantoi rembat order dihantar rider

Masalah sindiket penipuan atau scam bukan saja melibatkan wang ringgit, tetapi ada juga golongan yang mengambil kesempatan dalam bentuk lain asalkan dapat memuaskan hatinya.

Menurut laporan mStar Online, baru-baru ini seorang individu berkongsi cerita mengenai seorang wanita yang licik melakukan scam di sebuah hospital di Perak.

Difahamkan, wanita itu tergamak mencuri makanan milik orang lain yang sudah dipesan dan dibayar melalui aplikasi penghantaran makanan.

Modus operandi, ambil makanan Foodpanda. Mangsa order makanan daripada Foodpanda. Apabila rider sampai hospital…
“…scammer dah tunggu siap-siap dekat depan tempat delivery dan cubaan mengaku sebagai pemesan makanan yang mana bayaran sudah dibuat secara online.
“Apabila mangsa turun nak ambil makanan, rider dah blah. Mangsa call rider, rider maklumkan sudah ada penerima dan mengaku sebagai nama pengorder,” dakwa individu tersebut dalam satu posting di laman Facebook.
Bercerita lanjut, mangsa sudah memesan makanan bernilai lebih daripada RM100 namun tidak diterimanya dalam kejadian pada pagi Ahad lalu.

Bila cari satu hospital menerusi info dari rider, pengawal keselematan mengenai ciri orang yang mengambil makanan, akhirnya jumpa dalam wad.
“Siap dah makan makanan dengan muka tak bersalah. Dan perkataan amat kurang ajar, tak ada… sama naik pesakit dan penjaganya. Tak ada minta maaf.
“Ayat terakhir dari scammer ‘pergi blah dengan kau punya halal’. Baki makanan ada empat bungkus lagi letak kat lantai,” katanya.
Berikutan itu, rata-rata warganet meluahkan kemarahan dan mempersoalkan tindakan wanita terbabit mengenai halal haram yang perlu ditanggung kerana mencuri makanan hak orang lain.

“Muka tak tahu malu. Sanggup makan makanan hak orang, kalau tuan empunya badan cakap tak halal, tanggunglah! Benda nak jadi darah daging.
“Mak aku warded pun aku serba salah nak makan makanan dia. Yang ini pula selamba saja makan makanan orang order dari luar. Cara makan dengan kaki kat atas pula tu.
“Siapa yang kenal budak tu tolong nasihat sikit. Nak suruh mak cepat sihat, buat perangai elok-elok skit. Jangan lupa nasihatkan mak tu sama,” itu antara komen yang ditinggalkan netizen.

Sumber omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *