“Patut La lama tak nampak”-Masih ingat PM ke 5?…Pak Lah Badawi… Netizen sebak lihat keadaan terkini… Lihat Video..

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkhabaran bekas Perdana Menteri ke-5 negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jika sebelum ini ada desas desus bertebaran tentang keadaanya yang tidak berapa sihat, namun kemunculannya Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mengubat kerinduan.

Gambar terkini yang diambil dan dipos di laman rasmi FBnya pada 18 Februari 2021.
Walaubagaimanapun, kelibat beliau nyata mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi melihat keadaannya yang berkerusi roda dan badan sedikit susut. Berkaca mata dan menyarung persalinan kemeja hijau, berpelitup muka dan berseluar kelabu, penampilan terkini Tun Abdullah Ahmad Badawi ternyata mengejutkan, sehinggakan ramai yang bimbang serta prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar, beliau yang ditemani oleh isteri, Tun Jeanne binti Abdullah Danker dilihat tetap bersemangat dan ceria sewaktu berkunjung ke Laman Agro-Food Ternakan di MAHA 2022.

Pengunjung yang hadir ke pameran berkenaan juga sempat merakam bekas perdana menteri itu dari jarak jauh. Seperti yang dilihat menerusi perkongsian akaun MG News itu ternyata mendapat perhatian apatah lagi ramai tertanya-tanya dan ingin tahu perkembangan kesihatan negarawan yang dikenali dengan sikap lemah lembut, mudah didekati dan banyak menabur bakti pada negara.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi lahir 26 November 1939 juga dikenali sebagai Pak Lah merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6. Beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 1 September 2009.

Selepas itu beliau dilihat lebih selesa untuk tidak menyentuh hal-hal politik semasa dan masanya banyak dihabiskan bersama isteri Tun Jeanne Abdullah dan keluarga.

Kami di NONA mendoakan semoga Pak Lah terus sihat dan dipanjangkan umur.

Foto kredit: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *