Baru 30 Minit Karaoke, Cuak Tiba-Tiba Dengar Bunyi Nyaring Wanita Nangis…

Pusat karaoke mungkin menjadi salah satu lokasi popular bagi kebanyakan anak muda yang hendak melepaskan tekanan.

Hanya dengan bayaran tidak melebihi RM50 bergantung kepada pakej serta saiz bilik menyanyi, mereka boleh melalak atau melaung sekuat-kuatnya dengan dendangan lagu kegemaran masing-masing.

Namun siapa sangka bagi pasangan tunang ini, kisah sebaliknya terjadi kepada mereka.

Kami dapat bilik nombor 28 & saiz dia sangat kecil…Lampu malap & kalau masuk ramai-ramai jadi ‘sardin’

Baru sahaja 30 minit menyanyi dalam bilik karaoke, awalnya tiada benda aneh yang berlaku kepada mereka berdua.

Namun tatkala gadis bernama Amiera Azman ini sedang berehat seketika dan bermain telefon, alangkah terkejut dirinya kerana mendengar jeritan nyaring seorang wanita secara tiba-tiba. Apabila mikrofon diperiksa semula, rupanya ia tidak dihidupkan.

Jadi persoalannya, siapa atau apakah bunyi yang kedengaran tadi?

Masa ni dua-dua dah pucat tak tahu nak lari atau duduk sampai habis masa

Walaupun cuba berusaha untuk sangka baik, namun kedua-duanya akui sudah mula merasa tidak sedap hati disusuli meremang bulu roma.

Entah benar-benar suara manusia ataupun tidak, Amiera menyifatkan bunyi tangisan nyaring itu agak menakutkan meskipun hanya kedengaran selama 3 saat sahaja.

Taubatlah nak pergi karaoke seorang diri untuk healing lepas ni

Meraih lebih setengah juta tontonan sejak dimuat naik semalam, kisah yang dikongsikan gadis ini turut membuatkan ramai netizen takut untuk datang ke pusat karaoke lagi.

Rata-ratanya risau andai kata mereka mengalami kejadian serupa.

Sumber :Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *