Ramai dah jangka, Keadaan Terkini Nora Ariffin selepas setahun nikah rakan baik suami sendiri..

Sering diajukan soalan tidak disangka-sangkakan di media sosial, penyanyi Datuk Nora Ariffin akhirnya tampil memberi penjelasan. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Nora mend4kwa sering mendapat soalan mengenai ‘suami mana akan ditemuinya di akhir4t kelak’.

Baginya, persoalan itu suatu 1su yang sangat besar.

Namun, dia sertakan video pendakwah Indonesia, buya Yahya yang diharapkannya dapat memberi pencerahan kepada semua yang tertanya-tanya mengenai 1su itu.

Menurut buya Yahya, mana-mana wanita solehah yang bernikah dua kali boleh bertemu sesiapa saja yang terlintas di hatinya di syurga.

Syurga kan suka hati. Jadi, kita punya lintasan hati segera dik4bulkan (Allah),” ujarnya.

Selain bertanya soalan sebegini, ada juga yang cuba men4kut-n4kutkan Nora kononnya dia tidak akan berjumpa dengan suami pertama di akhir4t kerana sudah menikah lain.

Apalah yang difikirkan ketika bagi soalan begini kepada Nora.

Sumber : CARI

Terdahulu,

Ini fitnah! Nora nafi berkahwin 2 tahun lalu, paksa suami ceraikan isteri

PETALING JAYA – Belum pun seminggu bergelar isteri kepada Dr. Rushdi Ramli, penyanyi Datuk Nora Ariffin diuji apabila timbul khabar angin mengatakan bahawa dia sebenarnya sudah pun bernikah dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan apabila khabar angin itu juga menyebut bahawa Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, di dakwa meminta suaminya itu menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun, Nora menerusi kiriman mesej melalui WhatsApp kepada media berkata, segala tuduhan yang tular dalam media sosial itu adalah sama sekali tidak benar dan fitnah semata-mata.

“Astagfirulllahalazim. Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja kenyataan daripada saya,” ujarnya ringkas.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Nora yang popular menerusi lagu Persimpangan Dilema itu juga dikatakan telah menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya yang difahamkan sudah berlaku hampir dua tahun.

Bukan itu sahaja, pada masa sama, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama sebelum bernikah dengannya.

“Nora bukan baru kahwin ya. Sudah dua tahun tapi katanya baru ‘dilamar’.

“Dia beritahu kepada umum kononnya baru dilamar apabila wajah suami baharunya itu kantoi dalam satu video percutian Nora ke Langkawi.

“Hebat Nora berjaya menipu satu Malaysia. Boleh tanya Nora sendiri, berani kerana benar,” dakwa pengguna laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status suami Nora itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengannya yang juga ibu tunggal empat anak.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status suami Nora itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengannya yang juga ibu tunggal empat anak.

Sementara itu, suaminya menerusi mesej pesanan suara (voice note) yang dihantar oleh Nora kepada Kosmo! Online menegaskan bahawa, dakwaan yang menuduh Nora untuk memaksanya menceraikan isteri pertamanya adalah bersifat fitnah dan mempunyai niat jahat.

“Saya yang bernama Rushdi Bin Ramli. Secara jujur dan seikhlas hati, ingin menjelaskan segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini, yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan saya dan Datuk Nora Ariffin, adalah suatu fitnah dan tohmah yang berniat jahat dan buruk.

“Allahuakbar. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” katanya.

Baru-baru ini Nora mengumumkan telah bernikah dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup.

Jelasnya, dia memohon maaf kerana tidak memberitahu secara terbuka mengenai ikatan tersebut.

Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Walau bagaimanapun, komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Nora sekali lagi diuji pada 13 Disember 2019 atas pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *