“Klau Fatin Afeefa Nak kahwin macamana?”Dikatakan Fatin Afeefa sedang hangat bercinta dgn Jutawan, Sekali Ini Komen Adam Shah…

“Bila masa pula saya suruh dia berhenti berlakon? (ketawa) Dia sendiri cakap tak pernah berhubung dengan saya. Macam mana kata saya suruh dia berhenti berlakon?

“Saya menegaskan tak pernah suruh dia berhenti berlakon! Kalau dia kata ada bukti, ala bosan dengan benda macam ini. Saya pun dah tak nak komen apa-apa, rasa dah tak perlu,” katanya.
Terdahulu, Fatin menerusi siaran langsung di TikTok nekad mengumumkan bahawa dirinya keluar dari industri seni selepas menerima pelbagai tohmahan daripada kontroversi mereka.


Fatin yang menangis tersedu-sedan turut memberitahu selama 10 bulan dia tidak aktif dalam dunia seni dan hanya fokus kepada perniagaannya demi membayar yuran persekolahan anaknya.

Tidak terkensa dengan dakwaan dirinya ‘gila bayang’, Adam turut mendedahkan bekas isterinya itu ada menghantar mesej meminta sijil cerai secara baik.
“Baru ini, dia ada mesej cara baik minta sijil cerai. Selama ini, dia mesej marah-marah, ada saja tak kena tetiba. Saya permudahkan urusan dia.

“Dekat mana saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, dah lima tahun pun (bercerai). Sekarang ini fasal anak saja, tak perlu nak isukan sampai macam ini.
“Saya tah heran dengan benda macam itu. Alhamdulillah saya masih bekerja. Selagi saya boleh bekerja, saya okey. Itu rezeki masing-masing. Allah takdirkan dia kaya, itu rezeki dia.

“Sedikit sebanyak dia membantu saya juga nanti. Anak itu kalau perlukan apa-apa, dia mungkin boleh dahulukan,” ujarnya.
Pelakon siri drama Juvana turut menegaskan dia akan hadir ke majlis perkahwinan pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin sekiranya mendapat jemputan.

“Lailahaillallah.. saya tak ada isu. Dia nak kahwin, kahwin la. Demi Allah! Orang ramai kata saya meroyan sebab dia nak kahwin. Kalau dia kahwin, dia jemput.. saya datang.
“Sebab dia mak kepada anak saya. Saya senang saja. Jangan merumitkan!” tegasnya.
Sementara itu, Adam mengakui dia sukar untuk bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia atas pelbagai alasan yang diberikan oleh keluarga Fatin sejak kemelut yang berlaku.
Justeru, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah namun tidak boleh dikongsikan butiran selanjutnya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.

MENANGIS UMUM BERHENTI BERLAKON, TAK TAHAN ASYIK DIKECAM – FATIN AFEEFA TAYANG KEKASIH JUTAWAN?

Semua sedia maklum mengenai isu melanda antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz berikutan ungkit-mengungkit kisah perceraian mereka yang ketika ini hangat diperkatakan.

Menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, ibu kepada dua cahaya mata itu membuat satu lagi pendedahan mengenai isu melibatkan bekas suaminya.

Dalam video tersebut, Fatin yang dilihat mengalirkan air mata itu berkata dia tidak tahan dengan kontroversi melanda dirinya serta membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam industri seni.

Menurut Fatin, dia mengambil keputusan itu kerana tidak mahu anak-anak berasa terganggu dengan kontroversi melanda dirinya ketika ini. Kata Fatin lagi, dia berharap dengan keputusannya ini dapat memberikan kebahagiaan buat bekas suaminya selepas pelbagai tohmahan dilemparkan.

“Saya dah tak nak hidup macam ni. Saya dah berhenti berlakon. Menyanyi pun dah tak ada. Saya dah 10 bulan tak berlakon mana-mana. Bagi lah fame ni semua kat dia. Kalau dia bahagia macam ni, ambil lah.

“Saya selama ni tak pernah bagi kenyataan apa-apa. Tapi dia?” kata Fatin yang turut menberitahu dia mahu memberi fokus kepada anak-anaknya dan perniagaan yang diusahakannya ketika ini.

Sementara itu, tular pula gambar Fatin bersama seorang lelaki didakwa kekasihnya sehingga ia menjadi bualan ramai. Menerusi gambar tersebut, Fatin dilihat berpegangan tangan dengan lelaki misteri itu sekaligus membuatkan pengguna laman sosial tertanya-tanya siapa gerangan jejaka kacak itu.

Di media sosial, ada netizen mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang jutawan namun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu. Dalam pada itu, ada netizen mendakwa mungkin ini sebab mengapa bekas suami ‘meroyan’ kerana Fatin dikatakan sudah bahagia bersama yang lain.

Rata-rata pengguna laman sosial mendoakan agar Fatin segera mendirikan rumah tangga serta memuji pasangan itu sememangnya sama cantik, sama padan.


Terdahulu, Fatin berkata dia sudah pun ‘move on’ daripada kisah lalu perkahwinannya serta mengatakan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *