(VIDEO) Noh Salleh Dikritik Jawab Soalan Wartawan Sambil Hembus Asap Vape, Tapi Ramai Peminat ‘Back Up’?

Tular di media sosial sejak semalam berikutan khabar angin yang mendakwa rumah tangga antara penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina kini berantakan.

Namun begitu, penyanyi lagu Angin Kencang itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mengatakan ia hanyalah gosip hiburan semata-mata.


Noh dalam pada itu turut menegaskan bahawa dia dan Nina pada ketika ini sibuk membesarkan anak lelaki mereka, Musa yang kini berusia hampir 7 bulan.

Namun begitu, ‘viral’ kini apabila video yang memaparkan dia menjawab soalan wartawan dianggap seperti kurang ajar dan biadap oleh sesetengah pihak

Ini berikutan Noh dilihat sedang menghisap vape dan menghembus asap rokok elektronik itu kepada wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya.

Namun begitu, ada juga yang menganggap wartawan tersebut seolah-olah ‘koyak’ kerana tidak menjaga cara percakapan ketika bertugas.

Antara komen,

DESAS-desus mengatakan rumah tangga pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina bergolak ternyata tidak benar apabila vokalis kumpulan Hujan itu tampil menafikan dakwaan tersebut.

Noh sebaliknya berkata, ia adalah berita palsu malah dirinya sendiri mengetahui tentang khabar angin itu selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusannya sebelum sidang media Konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC pada Rabu.

Konsert julung kali itu akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

“Entahlah, tiada komen… Anda semua kena tipu. Good luck. Fake news.

“Saya sendiri baru tahu hari ini apabila dimaklumkan oleh Joe (pihak pengurusan),” katanya.

 

Gosip rumah tangga Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 41, dikatakan bermasalah apabila beberapa ruangan forum di internet melaporkan pasangan itu kini dilihat jarang bersama selain Mizz Nina dikatakan bercuti tanpa kehadiran suami di sisi.

Bagaimanapun dalam nada sindiran, Noh mempersoalkan pihak media yang didakwa lebih suka mengambil tahu tentang berita peribadi berbanding hal kerjaya.

“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai anak angkat mereka iaitu Musa, Noh memberitahu kasih sayang terhadap anaknya itu sangat berbeza.

Malah sebagai seorang bapa, Noh berkata, dia hanya menyedari dan merasai perkara itu.

“Apabila ada anak, sayang itu ditahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak lakukan pemeriksaan,” katanya.

Noh dan Mizz Nina pada Mac lalu berkongsi berita gembira apabila mendedahkan mengambil Musa sebagai anak angkat sejak awal tahun ini.

Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011.

 

Antara komen,

Sumber: Mstar&kosmo & Kisah dunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab

 

Video:

 

Sumber beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *