Netizen terpukau Zahirah Macwilson cakap Inggeris, “Wow kelass…”

 

Pelakon, Zahirah Macwilson sudah kembali aktif dalam bidang lakonan selepas hampir setahun berehat kerana mahu menumpukan perhatian terhadap anak dan keluarga.

Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Johari Macwilson berkata, tiba sudah masanya untuk dia kembali bekerja.

Dia yang kini kembali langsing bagaikan anak dara dipuji netizen dengan kecantikan yang dimilikinya itu walaupun sudah mempunyai seorang anak.

Bukan itu sahaja , dia yang juga berdarah kacukan sangat fasih berbahasa Inggeris menggunakan loghat British.

Video yang tular di tiktok itu mendapat pujian netizen kerana pelakon itu dikatakan bukan sahaja cantik malah seorang yang sangat bijak dan boleh bercakap dalam banyak bahasa.

Pelakon kacukan Melayu-Australia yang membesar di bumi kanggaru ini bukanlah asing lagi bagi ramai, Zahirah Macwilson yang kini semakin bahagia bersama suami, Aiman Hakim Ridza dan putera mereka.

Lakonan Zahirah Macwilson dalam beberapa buah drama mencetuskan namanya sering menjadi perhatian buat peminat drama tempatan yang diakui ada netizen yang rindu dengan lakonannya di kaca televisyen.

Pun begitu, melihatkan pula bagaimana Zahirah Macwilson yang muncul sebagai hos rancangan Cosplay Heroes mencetuskan ramai kagum dan terpukau apabila dia cakap Inggeris dalam rancangan tersebut.

Untuk info, Cosplay Heroes merupakan rancangan realiti berkonsepkan cosplay yang boleh ditonton ramai menerusi iflix di Malaysia manakala pelakon jelita itu menjadi hos.

Melalui satu perkongsian video yang tular ini pula menyebabkan Zahirah Macwilson yang cakap Inggeris ini menjadi perbualan ramai netizen yang suka mendengarkan cara lontarannya apabila bercakap.

Perkongsian fansofisaacraees tersebut dalam pada masa sama menarik perhatian lebih 47,000 warganet meninggalkan tanda suka dan menghujani ruangan komen dengan reaksi senang menonton Zahirah dalam rancangan tersebut.

“Rindunya nak tengok Zahirah berlakon drama

Tapi yang bestnya dia ni kalau berlakon sepenuhnya cakap Melayu, siok dengar dia cakap omputih jugak”

Suara sama macam orang putih berkata

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

sunber:HCL

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *