“Nak cari ilmu pon kene?” Saman pelajar sekolah, netizen dakwa pihak berkuasa makin tidak bertimbang rasa..

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila pelajar di sebuah sekolah menengah telah ditahan dan dikenakan saman oleh pihak polis atas kesalahan mengubah suai motosikal dan tidak mempunyai lesen memandu telah mencetuskan rasa tidak puas hati umum.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pidus_perak60 di laman TikToknya, kelihatan beberapa pihak berkuasa sedang menahan beberapa orang pelajar selepas tamat sesi persekolahan di hadapan sekolah yang tidak diketahui lokasinya.

Malah, ada juga segelintir pelajar sekolah sanggup menunggu di sekolah dan tidak berani untuk mengambil risiko pulang ke rumah selepas melihat apa yang telah berlaku di hadapan sekolah mereka.

Difahamkan juga, motosikal yang didapati melakukan sebarang pengubahsuaian akan ditarik oleh pihak polis dan dibawa ke balai.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam dimuat naik di aplikasi tersebut.

Kesian budak2 sekolah tu
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa kepada pelajar sekolah tersebut dan menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah tidak adil.

Senang polis buat duit
Bahkan, netizen turut mendakwa kerajaan kini terdesak untuk mendapatkan duit apabila menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran yang mudah untuk dikenakan saman.

Antara komen,

@NIK FAIZ:Naya kat budak sekolah,dulu kata tkde sekatan untuk budak balik sekolah🤦🏻‍♂️

@sai bae:polis dtg buat motivasi skolah aku katanya tkde lesen tkpe asalkan pkai helmet esoknya buat sekatan hbis dak skolah kena cekup alasannya tkde lesen

@E-one Redzuan Utara:kalau ambik motor budak sekolah nak p sekolah naik apa kalau motor depa kena sita😳😳 kesian la budak-budak sekolah ni Kalau Xp sekolah kena marah🥺🥺

@mika_duz:lps nih abang jpj ke polis…bole tolong😻jemput p hnta balik adik ii yg berseklh ke rumah dan ke sekolah nice lah cmnie😂tq baik dho +_-

@Sue_bundle@🇯🇵:KES POLIS MAI CEK DI SEKOLAH DARI TIME AKU MAIN MOTO LAGI 1990 TAK SALAH AIHH DEPA MAI CEK ADA LESEN ,MOTO STANDRD APA TAKOT ?

@FZ.:klau check budak skolah memang bnyak lah untung, 😌😌nk kejar budak kg tk lepas, nk check kat jalan smua ad lsen, jdi ni jlah yang dpat💵budak skolah

@🅰️DIB:Baru kena saman motor, aku bwk lori siap kena kejar lagi dengan trafik. masih steady walaupon dah kena tarik timbang😂

@istifar790._:memang betul salah tetap salah tapi kerajaan cube fikir x semua keluarga org senang ade sbb suruh anak2 bwk motor pegi sklh fahamkan ayat Sya 😌

@Penghiburjalanan:aku pernah alami dulu mcm ni masa sekolah masa tu ekonomi malaysia tengah gawat

Video


Sumber: TikTok @pidus_perak60

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *