Najls besar sangat, pelancong asing terpaksa tebal muka panggil staf hotel selesai masalah! Kekasih sendiri pun malu

KEBIASAANNYA, posting mengenai hotel yang biasa dikongsikan oleh warganet adalah berkisar pengalaman seram atau perkhidmatan yang diberikan.

Jarang sekali kita disajikan dengan perkongsian pengalaman memalukan ketika menginap di hotel.

Bagaimanapun, video tular di media sosial baru-baru ini yang dikongsikan oleh seorang pelancong warga asing di Malaysia, benar-benar membuatkan rata-rata netizen terhibur.

Menerusi video tersebut, Elliot Wai-ho Yip berkongsi pengalaman yang memalukan ketika menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di mana dia menghadapi masalah untuk ‘menghilangkan’ najisnya dari mangkuk tandas.

“Something terrible happened in Malaysia. My poo was too big. (sesuatu yang dahsyat berlaku di Malaysia. Najis saya terlalu besar),” tulisnya pada video tersebut.

Disebabkan gagal melakukan sesuatu, ia menyebabkan ‘bahan buktinya’ masih tidak dapat dipam (flush) seperti biasa.

Sungguhpun ia sedikit aib, namun Elliot tetap bertindak meminta bantuan kakitangan hotel di tempatnya menginap.

Malah dia sempat merakam video ketika beberapa kakitangan hotel tiba dengan pelbagai peralatan khas.

Kakitangan hotel datang ke bilik Elliot untuk membantunya menyelesaikan ‘masalah’ di tandas.

“My girl was ashamed of me (teman wanita berasa malu dengan saya),” tulisnya, merujuk kepada kekasih yang menginap bersamanya di bilik hotel tersebut.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan kakitangan hotel berkenaan ‘bertungkus lumus’ di tandas untuk membantunya menyelesaikan ‘masalah’.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih sehingga melebihi 2.8 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Menjawab beberapa pertanyaan netizen mengenai apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan najisnya sukar dipam, Elliot sekadar menjawab dalam nada berseloroh ‘makanan Malaysia terlalu pedas’.

Namun ada antara netizen yang berkata, masalah tersebut boleh berlaku kerana tekanan air dalam tangki simbah di sesetengah hotel tidak kuat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian kisah lelaki tersebut.

“Mula-mula kakitangan hotel saja tahu, sekarang satu dunia sudah tahu!

“Sebagai seorang kakitangan hotel, saya pasti cerita anda akan menjadi ‘bahan’ selama beberapa minggu.

Bukan setakat ‘mengusik’ Elliot dengan komen lucu, malah ada yang turut memberi ‘petua’ jika berdepan dengan masalah sama pada masa akan datang.

“Jangan lupa beri kakitangan hotel tip banyak sikit,” demikian antara komen netizen.

Malah mereka turut mengusik pelancong tersebut dengan memberi pelbagai cadangan sekiranya masalah tersebut berulang.

“Tuang pencuci pinggan bersama air panas, tunggu sehingga 15 minit dan kemudian pam. Ia akan menjadi lancar. Ulang sekiranya masih berlaku.

“Gunakan sesuatu seperti chopstick untuk memecahkannya,” komen netizen.

Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *