“Korang yang mengundang orang.. ..” Didakwa bertudung kerana Ungku Ismail, Sekali Ini Respon padu Nad Zainal..

Tampil sopan di Thailand, Nad Zainal dah berhijab.. Penampilan pelakon popular, Nad Zainal mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan imej berhijab dalam beberapa posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin mula berkongsi penampilan itu sejak beberapa hari lalu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada dia sudah berhijab atau sebaliknya.

Difahamkan, pelakon berusia 32 tahun itu kini berada di Thailand bagi menjalani penggambaran sebuah travelog untuk kandungan di saluran YouTube bersama rakan artis Ungku Ismail. Malah, Nad turut memuat naik beberapa InstaStory dengan imej berhijab sepanjang ‘berjalan-jalan’ bagi menjayakan penggambaran terseb Oleh kerana imej sopan tersebut, rata-rata peminat menyambut baik penampilan pelakon drama Cina Buta itu yang dilihat lebih manis dan sejuk mata memandang.

Tidak kurang ada juga segelintir individu menitipkan doa berharap Nad kekal beristiqamah dengan imej menutup aurat. Pelakon, Nad Zainal mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan, dia sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin, baru-baru ini.

Video Player

00:00
00:57

Pelakon berusia 32 tahun itu, yang memadam semua gambarnya bersama Faliq di Instagram, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh penceraian mereka. “Ya, kami sudah bercerai dan keputusan ini dibuat hasil kesepakatan kami berdua. “Keputusan ini (berpisah) bukan satu perkara yang mudah,” luahnya.

Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin juga menolak untuk berkongsi punca perpisahan mereka, sebaliknya memaklumkan hubungannya dengan Faliq kekal baik demi anak-anak.“Kami kekal bersahabat baik. Saya perlu memberitahu perkara ini agar tidak berlaku fitnah.

“Saya perlu tabah meneruskan kehidupan untuk masa depan dua anak kami,” katanya lagi. Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua anak, Fahad Ibrahim, 6, serta Budi Kalsom, 1.

masih berkawan dengan bekas suami demi anak-anak

“Benar, kami sudah bercerai baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dibuat dengan kata sepakat.

“Cukup saya kongsi status saya yang terkini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah,” katanya menerusi kenyataan kepada media pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Nad mengakui keputusan dibuat bukan mudah namun akur dengan takdir yang telah tertulis terhadap rumah tangganya.


Apa lebih penting kata Nad, meskipun sudah bercerai namun hubungan mereka kekal baik demi dua anak mereka iaitu Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

“Apa lebih utama sekarang saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal.

“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya.

Hasil semakan di Instagram milik pelakon Takdir Yang Tertulis di TV3 itu, gambarnya bersama bekas suami juga sudah tidak kelihatan.

Untuk rekod, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *