“Masa tahu tu saya down gla.. Saya janji akan.. ” Nabila Huda Dedah ada “Hajat” apa akan dilakukan selepas Nad kembali sihat..

Pelakon Nabila Huda mendedahkan dia dan beberapa rakan selebriti lain mempunyai rancangan untuk mengadakan reunion seandainya aktres Nad Zainal sudah kembali sembuh dan sedar daripada ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jelas Nabila, dia juga berjanji akan mengambil berat mengenai tahap kesihatan pelakon Cina Buta tersebut selepas ini.

“Perkara pertama kalau nak dibuat lepas Nad sembuh, sudah pasti kami all girlfriends akan buat reunion dan kami janji akan jaga dia lepas ni sebaik mungkin.

“Memang ada plan untuk reunion, apa-apa pun kami merancang dahulu, sebab masing-masing pun sibuk dengan kerja.

“Insyallah, harapnya plan kami berjaya untuk dilaksanakan,” kongsinya.

Antara rakan selebriti all girlfriends yang dimaksudkan Nabila ialah Sherry Al Hadad, Sharifah Sakinah, Nadia Aqilah, Marsha Milan dan beberapa lain lagi.

Nabila berkata demikian ketika ditemui dalam sebuah majlis anjuran VIU Malaysia yang berlangsung di ibu kota, pada Khamis.

Sementara itu, anak kepada penyanyi lagenda rock Amy Search itu mengakui terkejut saat mendapat khabar mengenai Nad yang dimasukkan ke ICU pada Selasa lalu.

Malah Nabila juga memaklumkan, dia dan beberapa rakan selebriti lain turut berkesempatan menziarahi Nad di hospital.
“Mula-mula saya dapat tahu daripada berita yang tersebar, terus saya tanya dalam group Whatsapp apa jadi pada Nanad (Nad). Group itu ada all my girlfriends.

“Waktu dapat tahu memang rasa down gila dan terkejut, tapi bila semalam tahu dia dah semakin baik saya rasa lega sikit.

“Saya dapat jumpa Nad, saya dan rakan-rakan lain pergi hospital dan kami spend masa seharian di hospital.

“Kami bagi support dekat Nad,walaupun dia tak sedar tapi kami cakap dekat dia, kena kuat Nad,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *