Nabil Ahmad terduduk! Apabila tengok HP Dapat tahu sudah terlepas… Ini Puncanya…

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad tidak menyangka bahawa konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 hanya berlangsung satu hari dan bukan dua hari seperti mana yang difikirkannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @era.je di laman TikTok, kelihatan Nabil terkejut dan terduduk apabila dia menyedari konsert tersebut sudah berlalu semalam selepas dia membeli lima tiket yang berharga RM508 untuk setiap satu.

Susulan itu, pelawak yang berusia 39 tahun itu yang kelihatan pasrah terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,540 dan kemudian dia segera membuat panggilan telefon kepada isterinya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Takpe Nabil, Allah sebenarnya nak lindungi awak daripada perkara sia-sia
Dalam pada itu, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Nabil serta tidak perlu sedih atas apa yang berlaku kerana mereka menyifatkan Allah sedang melindungi dia bersama keluarga daripada melakukan perkara yang sia-sia.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang agak ‘ralat’ apabila pelawak itu terlupa serta terlepas dengan konsert artis pujaan ramai itu selepas banyak habis berbelanja untuk membeli tiket tersebut.


Sumber: TikTok @era.je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *