“Dia pergi 11 malam tadi “Takziah kepada keluarga Miera LIyana atas kehilangan insan tersayang

Kuala Lumpur: Bapa pelakon, Miera Liyana iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Arsat meninggal dunia di kediamannya jam 11.06 malam tadi.Miera bekata, jenazah dibawa ke Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 10 pagi hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas itu.

 

“Saya dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita memaklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas yg terakhir di kediaman beliau pada 11.06 malam.

Sehubungan dengan itu, pihak waris dan keluarga menetapkan pengurusan jenazah di Masjid At-Taqwa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas selesainya solat jenazah.

 

 

“Akhir sekali saya mewakili keluarga Allahyarham ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya.

“Mohon doakan agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti Insya-Allah,” katanya.HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *