Mawar Rashid umum hamil anak ketiga, buat kejutan untuk suami di Paris

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan dalam tempoh trimester pertama.Berita gembira berkenaan diumumkan pelakon berusia 27 tahun itu menerusi sebuah muat naik video di laman Instagram miliknya.

Lebih istimewa apabila Mawar turut melakukan kejutan untuk suaminya, Raf Yaakob selain merakam reaksi ahli keluarga dan kenalan setelah berkongsi tentang berita kehamilan itu.“Syukur alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mata…
“…dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT hajatnya. Insyaa’Allah. Aamiin,” tulis Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid.

Dalam video tersebut, dia membuat kejutan untuk suaminya dengan menyerahkan kit ujian kehamilan di depan Menara Eiffel ketika bercuti di Eropah sekitar Jun lalu.Sebelum itu, Mawar menjawab persoalan peminat mengenai dirinya yang jarang mengemas kini media sosial sekali gus memaklumkan bahawa tahap kesihatannya kurang memuaskan.“Tiga bulan Mawar tak sihat, sampai terpaksa pergi hospital sebab beberapa kali dehidrasi. Tak boleh makan dan minum, sakit kepala mampu terbaring je atas katil.

“Diuji lagi anak-anak kerap demam lama. Mawar dan suami bergilir tak tidur jaga anak, sambil sakit sambil jaga anak.“Dalam kepahitan ada kemanisan. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam badan Mawar,” tulisnya dalam video tersebut.Sementara itu, pelakon drama TQ Captain itu turut menitipkan pesanan kepada golongan ibu supaya masing-masing diberikan kekuatan dalam mengharungi fasa kehamilan.

“Kepada ibu di luar sana, bukan mudah mengharungi fasa kehamilan. Semoga kita semua diberikan kekuatan demi anak-anak,” katanya lagi.Untuk rekod, Mawar dan suami berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.Sumber: Instagram Mawar Rashid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *