“Dah ramai tahu, 3 bulan saya berkurung dalam bilik gelap.. ” Baru sahaja umum hamil anak ketiga, Mawar akhirnya dedah apa berlaku..

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengesahkan dia kini hamil anak ketiga dan kini usia kandungannya sudah mencecah usia lima bulan.
Terdahulu, ramai peminat mulai berteka teki di media sosial susulan ada yang mendakwa figura Mawar yang seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ menerusi foto terkini yang dimuat naik.Mawar ketika dihubungi MH memaklumkan kandungannya kini sudah pun memasuki trimester kedua.

“Inilah sebabnya saya memperlahankan kerjaya seni. Memang benar kini saya sedang hamil anak ketiga dan kandungan sudah pun memasuki usia lima bulan.“. Perut pun dah agak besar sekarang,” katanya kepada MH.Pada masa sama, pelakon drama Villa Kristal ini turut mengalami alahan agak teruk sewatu awal kehamilan sehingga menyebabkan dia terpaksa berkurung di dalam bilik

“Alahan kali memang agak menggangu rutin harian saya.. “Saya ingatkan semasa mengandung anak kedua dulu dah cukup teruk, rupanya ia sedikit sahaja kalau nak dibandingkan dengan alahan sekarang.“Kali ini memang ya Allah…saya rasa agak serik. Semasa trimester pertama, saya kerap muntah, tak boleh nak makan dan minum. Perut masuk angin sampai kena masuk hospital untuk masukkan air.

 

“Kepala pening sebab kurang air. Cahaya pun tak boleh terlampau terang. Tengok handphone pula rasa nak muntah. Pendek kata memang saya berkurung dalam bilik gelap hampir tiga bulan,” kongsinya lagi.Finalis Dewi Remaja 2017 itu menambah, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai berita baik ini, tetapi mahu memberikan fokus terhadap keadaan kesihatannya terlebih dahulu.

“Disebabkan alahan kali ini agak teruk, saya jadi sampai tiada masa nak fikir untuk kongsikan perkara ini di sosial media. Saya memang tak boleh nak fikir apa pada ketika itu.“.Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *