“Masa saya solat tu, saya nampak..” Azwan Ali 3 bulan merana disihir, wajah artis veteran kerap muncul ketika solat..

aru-baru ini, pengacara kontroversi, Azwan Ali memaklumkan yang dirinya telah disihir di bahagian kaki sehingga timbul kesan tompokan di kaki kanannya.

Artis veteran yang sihir?
Merujuk kepada laporan dari BOOM! Azwan Ali menyatakan yang dia telah disihir oleh individu yang dikenalinya iaitu salah seorang artis wanita veteran yang mempunyai nama dalam industri seni.

Sakit seperti dihunus dengan benda tajam
Tambahnya, selama tiga bulan dia merana angkara sihir yang dimaksudkan dan keadaan tapak kaki terasa seperti dihunus dengan benda tajam.

“Kesakitan itu berulang setiap hari dan sekarang beransur pulih.
“Saya dah berikhtiar sedang merawat untuk membuang ilmu sihir yang dikenakan ke atas saya.
“Walaupun berat dugaan ini, tetapi saya reda hadapinya,” luahnya

Wajah yang sihir kerap muncul ketika solat
Jelas pengacara berusia 56 tahun itu lagi, wajah artis veteran itu juga kerap muncul setiap kali dia mengerjakan solat.

Walau bagaimanapun, Azwan dengan tegas enggan mendedahkan siapakah gerangan yang menyihirnya sehingga membuatkannya menderita.

Dia juga memaklumkan yang individu tersebut bukanlah seseorang yang berkawan rapat dengannya.

Apa-apa pun, semoga Azwan Ali segera sembuh dan segala rasa sakit yang dihidapi diangkat oleh Allah S.W.T.

Antara komen netizen,

Sumber: BOOM! (Deegun Rahman),

Terdahulu,

Diva AA juga seakan memberi memberi siapa yang hantar “Sihir” kepadanya, Undang tanda tanya dikalangan Netizen..

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA membuat perkongsian mengenai keadaan tapak kakinya yang didakwa telah terkena buatan orang.

“Tapak Kaki Kanan Yang Disihir…”
Diva AA menunjukkan keadaan kaki kanannya itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

“TQ 4 all doa. Tapak kaki kanan yang disihir #TypicalNASTY. Artis wanita ex janda mereputt. Dah banyak sembuh! #noworries.”-Tulis Diva AA

Peminat & Rakan Selebriti Titip Doa
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Ropie Cecupak, dan Iesya Toh menitipkan doa buat Diva AA agar diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Kami doakan semoga cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan. Aaminn.”-Ropie Cecupak

 

Dalam pada itu, Diva AA juga seakan memberi ‘hint’ siapa sebenarnya yang sanggup buat dirinya sedemikian rupa.

Pada caption hantaran di Instagram,

“Artis Wanita, Ex janda mereput”.. Undang tanda tanya siapakah gerangan..

 

“Allahu..Cepat sembuh Diva AA.”-Iesya Toh

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik InsyaAllah.”

“Assalamalaikum @divaaavazztersohor1 shafakallah and May Allah grant you syifa..Stay vass.”

Sama-sama doakan agar Diva AA diberikan kesembuhan dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber murai. My

Terdahulu,

Baru baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon Azza Elite luahkan rasa kesal dengan tindakan pengacara popular, Azwan Ali yang didakwa menghamburkan kata-kata kesat kepadanya.

Menurut Azza atau nama sebenarnya, Noor Azzarima Zawari, perkara tersebut terjadi selepas dia lambat menyiapkan tempahan sejadah jualannya.

Penyanyi kumpulan Elite itu hanya mengetahui mengenai perkara terbabit selepas Azwan memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

“Sampai hati dia tulis begini.Bapa saya baru meninggal pada Isnin. Jangan suka-suka hati maki.

“Sebab dah terbiasa mulut tu, maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik hendak beli sejadah, aku bersyukur tetapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan orang lain.

“Saya baru kehilangan ayah. Jangan buat anak yatim begini bang… Ini kali aku lawan! Biar abang Wan bertemu husnul khotimah,” katanya.

Mengulas lanjut, Azza itu turut menitipkan pesanan terhadap Azwan agar menjaga pertuturan agar tidak mudah untuk mengeluarkan kata-kata yang kurang enak sehingga tidak menjaga sensitiviti orang lain.

Azwan Ali Bertemu Azza Elite

Di dalam satu program hiburan Melodi, pengacara Diva AA akhirnya bertemu dengan Azza Elite.

Sebelum bertemu, Azwan Ali ada memberitahu bahawa dia tidak tahu ketika dia melontarkan ayat kesat kepada Azza Elite rupanya ayah Azza baru sahaja meningl dunia.

Dia tahu berita pemergian ayah Azza Elite pun dari rakannya. Diva AA memaafkan Azza Elite tetapi dia tidak memaakkan netizen kerana mereka ini yang menjadi batu api.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *