“Mula2 kenal.. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat… “-Baru Sahaja Kahwin, Sweet Qismina Dedah Satu Syarat diletakkan oleh ibunya sebelum kahwin..

Pasangan pelakon, Adam Lee dan Sweet Qismina selamat diijabkabulkan pada hari ini kira-kira jam 10.40 minit pagi dengan sekali lafaz sahaja.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 25 menerima mas kahwin sebanyak RM2,410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan.


Memetik laporan Harian Metro, pemilihan tarikh pernikahan tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun kelahiran Sweet dan ia bersamaan dengan peranannya mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dalam hidup aktres berusia 25 tahun itu.

“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah hari Sweet dilahirkan dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” katanya.

Mengulas lanjut, Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee,28, berkata sepanjang empat tahun bercinta, apa yang diterapkan adalah kejujuran dalam perhubungan.

“Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.

Sementara itu, Sweet memberitahu mereka mengambil masa empat tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga kerana dia mahu menamatkan pengajian atas syarat ditetapkan oleh ibunya.

“Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar.
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami dipermudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah hebahkan di media sosial,”ujar Sweet.

Katanya lagi, mungkin hebahan hubungan mereka berdua pada tahun pertama perkenalan membuatkan ramai mendoakan dia dan Adam kekal hingga ke jenjang pelamin. Dan, kini Allah makbulkan doa itu.

Sekadar info, nilai mas kahwin yang diterima oleh Sweet itu adalah simbolik tarikh lahirnya yang jatuh pada hari harini.

Terdahulu, pasangan hero dan heroin drama Bidadari Salju mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir), Instagram @wsvs.co

“Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *