“Dia dah jumpa anak saya.. Dia terima” Bekas Suami lufya Dedah perkembangan Terbaru..

Bekas suami kepada aktres Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, akhirnya terbuka mengenai hubungan cintanya dengan seorang wanita yang enggan tidak dedahkan identiti.Masih mengenali hati budi, Che Hafiz mengakui dia bagaimanapun mempunyai hasrat membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya tambahan pula, anak perempuannya iaitu Laana Haura, 5, juga menyenangi teman wanitanya. “Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang dan Insya-Allah, jika dipermudahkan

sudah semestinya saya berhasrat untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya. “Lagipun, kekasih saya dah pernah berjumpa dengan anak saya dan mereka saling menyenang. Rasanya tiada masalah daripada aspek itu kerana semuanya baik-baik saja. “Buat masa sekarang, saya tidak mahu terlalu berkongsi kepada umum lagi tapi apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan beritahu,” katanya.

 

Untuk rekod, Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 namun pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, pada 17 Jun 2020. Sementara itu, Che Hafiz turut mengulas mengenai dakwaan dia terlibat dalam kes cubaan menculik anak perempuannya ketika berada di taman permainan di Kota Damansara sekitar Jun lalu.

Tidak melatah dengan dakwaan itu, Che Hafiz menegaskan dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak. “Kalau saya nak jumpa anak, saya akan cakap baik-baik dan bukan dengan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya tetap akan cuba dan minta lagi dengan baik… bukan dengan kekerasan. “Saya akan cuba faham kalau tak dapat jumpa dan tetap sabar serta tak putus asa.

 

Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. “Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” ujarnya.Sekitar Jun lalu, Lufya menerusi laman Instagram mendedahkan dia mengalami kecederaan akibat bergelut dengan penculik yang hampir menculik anak perempuannya di taman permainan.HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *