Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah, Tak sangka ini hukvman buat makwan…

Kontroversi melibatkan pelakon veteran, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terkini, Mak Wan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas pertuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita pada Jun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Mak Wan dikatakan sengaja meludah kepada wanita bernama Nurul Amalin Mohamad Kamla, 28, iaitu bekas pembantu peribadinya.

Bagaimanapun, Mak Wan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Nur ‘Atiqah Sapari.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu berlaku pada 24 Jun lalu jam 7 malam bertempat di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kisai, Batu Kurau daerah Larut Matang.

Mak Wan didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 yang memperuntukkan hukuman denda RM100 jika didapati bersalah.

Pendakwaan kes yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Derah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 selepas mengambil kira status tertuduh.

Namun, Peguam T Selvadoray yang mewakili Mak Wan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta wang jaminan dikurangkan atas alasan Mak Wan merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak serta tidak mempunyai pendapatan tetap.

Susulan itu, pihak mahkamah membenarkan pengurangan wang jaminan kepada RM1,000.

Kes akan bersambung pada 5 September depan untuk penyerahan dokumen dan pelantikan peguam.

Terdahulu, heboh di ruangan media sosial sejak Jun lalu mengenai konflik yang berlaku antara Mak Wan bersama bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amell.

Amell mendakwa Mak Wan telah meludahnya apabila dia bertanyakan satu soalan yang telah menimbulkan kemarahan pelakon veteran itu.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *